Wednesday, January 27, 2016

Cara penuhi keperluan emosi anak

Assalamualaikum wbt...

Salam sayang semua,

Lamanya saya tak update blog. Rindu pulak nak menulis.

Hari ni Amnah tak berapa sihat, jadi kami decide Amnah stay di rumah je. Puas jugaklah pujuk dia, siap explain berjela-jela. Alhamdulillah, Amnah suka sekolah dia. Dalam masa tiga minggu bersekolah, Amnah dah boleh baca dengan lancar Surah An-Nas, Surah al-Ikhlas dan doa makan. Eh..nak cerita lain, ter-cerita pasal sekolah plak. Sori-sori.

Ok..sambung..

Sebagai usahawan online, tak dapat tidak, handphone saya kebanyakan masa memang ada di tangan. Kejap kita update FB pasal produk, kejap kita consult customer, kejap kita buat poster-poster marketing. Ada masa kita study teknik marketing di website.

Tengah kita tenggelam dalam dunia online..terdengar sayup..

"Ummi. Amnah nak peluk."

Saya pun letak phone dan peluk Amnah. Sekejap je. Kemudian menghulurkan tangan untuk capai handphone semula. Time is money, my friend. Itu fikiran saya.

Namun sebelum sempat saya capai handphone...

"Ummi, janganlah tengok handphone. Amnah nak ummi peluk lama-lama. Amnah nak ummi je."

Allah. Tersentak saya. Terus saya matikan niat untuk capai handphone. Saya ajak Amnah dan Iffah main block sambil buat mini games seperti susun ikut group mengikut warna, mengira block dan buat figure rumah dan robot.

Aktiviti homeschooling yang simple tapi bukan main gembira dua beradik ni. Hati saya lebih gembira, masyaAllah. Sungguh, duit boleh cari, kawan. Tapi anak-anak tak ada ganti. Mereka adalah amanah, harta paling mahal yang Allah beri.



Hari ini Amnah tak sihat. Jadi panggilannya lemah. Jika dia sihat mungkin Amnah akan tantrum sebagai menifestasi meluahkan emosinya, suara hatinya.

Saya muhasabah. Mungkin Allah beri ujian sakit pada Amnah supaya saya dapat luang lebih masa memenuhi tuntutan emosinya. Saya belajar satu perkara. Percaya atau tidak, DAKAPAN, SENTUHAN dan BERBICARA DARI HATI KE HATI dapat mempercepatkan proses anak untuk kembali sihat bukan sahaja secara fikizal malah secara emosi juga.



Terima kasih sudi baca blog saya. Hope dapat kongsikan pengalaman kawan-kawan handle keperluan emosi anak di ruangan komen ^_^

Nurul Aiman
FB: www.facebook.com/NurulAiman87
Page: www.facebook.com/symphonywellness
IG: www.instagram.com/annurhaifa