Tuesday, April 7, 2015

Amnah dan Tokbah

Salam sayang semua,

Amazing how kid this young could grabs the idea of hereafter..

Satu petang, saya dan Amnah duduk-duduk depan tv sambil tengok kuliah ustaz tentang kematian. Ditayang juga gambar kawasan perkuburan dgn nisan putih tercacak berderetan. Sungguh menginsafkan.


"Macam tokbah" kata Amnah. Terkesima sebentar. Sebak hati saya. Rindu bertandang lagi.

"Amnah rindu tokbah ye?" Dia mengangguk-angguk sambil memandang saya dgn mata bulatnya. Dia diam tak macam selalu. Apa agaknya di fikiran Amnah? Mesti banyak nak diluahkan tapi belum jumpa perkataan yg sesuai.

"Amnah kalau rindu tokbah, kena selalu baca doa untuk tokbah. Biar lapang kubur tokbah" Terus dia tadah tangan sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu. Saya amati, ohhh..surah fatihah yg dihafalnya sekerat. Allah..anak syurga kami.

"Ummi..ooaa..ooaa" Amnah tunjuk isyarat menadah tangan, suruh saya berdoa juga. Saya pun bacakan Surah Fatihah perlahan-lahan dengan nada sedikit kuat supya anak solehah boleh ikut sama.


Selesai baca, terukir senyum di wajah Amnah. Dia peluk saya seeratnya. Sekali lagi saya tertanya-tanya apa yang bermain di fikiran Amnah. Semoga anak solehah, Amnah Mumtazah binti Akmal menjadi penyambung legasi tokbah. Istiqamah di jalan kecintaan para Nabi. Ameen..

Sungguh kematian itu dekat, datang tanpa sesiapa pun menjemputnya...