Monday, August 24, 2015

Cara menggalakkan anak untuk berkongsi

Assalamualaikum wbt dan salam sayang semua.

Lama tak menulis.

Kali ni nak share pengalaman supaya anak-anak mudah berkongsi.

Anak saya tahun ni sorang umur 2 tahun. Sorang lagi baru nak masuk 3 bulan. Dua-dua perempuan. Alhamdulillah.

Yang kakak dah ada opinion sendiri. Dia dah mula develop sense of ownership. Dia tahu mana satu barang dia, mana satu barang ummi walid. Mana satu barang adik.

Kita sebagai mak ayah jangan simply langgar hak anak. Mentang-mentanglah kita yg beli barang-barang anak.

Kalau kita nak guna barang anak, minta secara berhemah. Sama juga kalau kita nak anak-anak saling berkongsi, kena pesan elok-elok. Kali pertama mungkin belum nampak pesan. Percayalah, benda selalu kita ulang. Lama-lama anak akan faham.

Contoh situasi. Dekat rumah saya ada dua spray air untuk tukar lampin anak. Satu si kakak punya. Satu adik punya.

Adik buang air. Kebetulan spray air si kakak paling dekat.

Ummi: Adik pinjam spray ni boleh?
Amnah: Tak boleh. Amnah punya.
Ummi: Sayang adik kan..
Amnah: Sayannngg..
Ummi: Sayang adik kena share kan? Adik nak pinjam kejap boleh?
Amnah: Boleh (sambil tersengih2)

Alhamdulillah.


Situasi tenang ni bukan tiba-tiba je jadi. Dulu masa adik lahir, bukan mudah juga berkongsi. Hari-hari kami suami isteri ulang tentang sharing is caring. Bila anak tak mahu berkongsi, sila jangan mudah menghukum. Perkara ni amik masa.

Kita mak ayah perlu main peranan. Kena selalu tunjuk contoh kalau nak anak mudah share barang. Makan suap ke. Minum segelas ke. Romantik ni kena tunjuk depan anak-anak tau. Baru anak-anak tiru.

Lagi satu.

Kalau kita tak suka anak rampas barang kawan, please...kita pun mintak elok-elok barang dari dia. Jangan main rampas je. Kan biasa kita nampak, anak rampas barang kawan. Tak nak share macam tu lah barang dia. So maknya rampas balik barang tu dari tangan anak dan pulangkan semula pada kawan. Laaa..patutlah anaknya susah nak share dan suka merampas. Follow maknya gak. Mungkin maknya kalut kawan tu duk nangis. Review balik tingkah laku kita. Masih belum terlambat untuk berubah.

Respect is the key word.

Selamat maju jaya.

Nurul Aiman 013 315 6822
FB: www.facebook.com/NurulAiman87
Insta: www.instagram.com/annurhaifa

Sunday, May 10, 2015

Anak-anak | Let them fly | Kita tak sempurna

Salam sayang semua,

Bukan mudah untuk menulis dari sisi pandang seorang ibu. Tapi hari ni, saya menulis sebab saya merasakan perlu untuk kita semua ibu bapa ingat dan faham yg anak-anak kecil kita takkan selamanya kecil. I feel like we all need that reminder from time to time.


Kadang-kala kita terlalu strict membesarkan anak-anak sehingga tanpa sedar kita dah 'mencuri' keseronokan mereka sebagai anak kecil.


Saya berharap suatu hari nanti, bila anak-anak kami mengimbas masa kecil mereka, mereka akan ingat ummi pernah biarkan mereka 'tolong' lipat baju beramai-ramai walaupun hakikatnya lebih bersepah dari biasa. Atau walid pernah biarkan main air dalam kolam walaupun satu rumah dah banjir.

Masa sememangnya terbang dengan pantas. Sebelum mata sempat berkelip, sedar-sedar je anak-anak kita dah terpaksa menghadapi sendiri'the serious part of life'. Jadi, biarkan je mereka menikmati keseronokan menjadi anak kecil sementara masih berpeluang.

Jujurnya, ada masa saya biarkan rasa penat menguasai diri. Bila penat, saya jadi hilang sabar, annoyed, geram bila Amnah asyik minta bacakan satu lagi buku selepas 5 buah buku. Bila dah baca buku ke-6, akan ada saje permintaan buku ke-7. Tengok sebelah, eh..walid dia dah tidur plak. Dalam hati, sudahlah seharian kita bersama Amnah, apalah salahnya 3 minit sebelum dia tidur kita spend masa untuk pembangunan akhlak anak. Masa nilah nak bagi tazkirah ke, pesan-pesan ke sebab hati anak tengah lunak.


Tapi yang sebaliknya plak terjadi. Saya kerap jawab, "Sudahlah Amnah, ummi letih ni. Ummi tak larat. Esok je kita baca." Lepas tu akan berlaku tantrum sebelum tidur dan situasi menjadi semakin tak terkawal. Jangan ambil ringan permintaan 'kecil' anak. Sebenarnya bukanlah 'membaca buku' yang diharapkan anak dari kita tapi kebersamaan dan perhatian dari ibu bapa tu yg anak mahukan.


Satu perkara yg Amnah SUKA sangat repeat sehingga saya rasa annoyed, dia nak semuanya ummi dia yg tolong buatkan. Bila walid dia bawa membuang kat tandas, jawapan Amnah "Biar ummi yang buat". Bila walid nak pakaikan lampin, baju, Amnah jawab lagi "Biar ummi yang buat". Nak baca buku, nak pimpin, nak dukung, nak tidur, nak makan, hampir semua benda, "Biar ummi yang buat". Ni ayat standard dia yang boleh dengar lebih dari 10 kali sehari. Kerja cepat jadik lambat bila anak kecil sibuk nak ummi buat semuanya sedangkan walid dia ada. Saya biasanya bertegas minta walid Amnah yang buat, tapi setiap kali mesti tantrum akan meletus. Maka bukan kata anak je bersedih hati, kita mak ayah ni pun boleh masam muka. Minggu ni saya sedar, why not?

Why not, anak minta baca buku je pun, bukan minta emas berlian.
Why not, memang tugas ibu bapa kena sama-sama pikul, tapi ada tugasan ibu buat lebih baik dari ayah dan ada yg ayah lebih expert dari ibu.
Anak-anak hanyalah kecil sekali je, and who are they hurting?
Kita merampas kegembiraan dan imaginasi anak sebab kebanyakkan masa kita rasa susah dan leceh nak buat. Itulah yg menerjah fikiran saya.

So I encourage all you parents to loosen up a little.
Ask yourselves "Why not?" a little more often...

and let them be little ^_^

Nurul Aiman

Tuesday, April 7, 2015

Amnah dan Tokbah

Salam sayang semua,

Amazing how kid this young could grabs the idea of hereafter..

Satu petang, saya dan Amnah duduk-duduk depan tv sambil tengok kuliah ustaz tentang kematian. Ditayang juga gambar kawasan perkuburan dgn nisan putih tercacak berderetan. Sungguh menginsafkan.


"Macam tokbah" kata Amnah. Terkesima sebentar. Sebak hati saya. Rindu bertandang lagi.

"Amnah rindu tokbah ye?" Dia mengangguk-angguk sambil memandang saya dgn mata bulatnya. Dia diam tak macam selalu. Apa agaknya di fikiran Amnah? Mesti banyak nak diluahkan tapi belum jumpa perkataan yg sesuai.

"Amnah kalau rindu tokbah, kena selalu baca doa untuk tokbah. Biar lapang kubur tokbah" Terus dia tadah tangan sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu. Saya amati, ohhh..surah fatihah yg dihafalnya sekerat. Allah..anak syurga kami.

"Ummi..ooaa..ooaa" Amnah tunjuk isyarat menadah tangan, suruh saya berdoa juga. Saya pun bacakan Surah Fatihah perlahan-lahan dengan nada sedikit kuat supya anak solehah boleh ikut sama.


Selesai baca, terukir senyum di wajah Amnah. Dia peluk saya seeratnya. Sekali lagi saya tertanya-tanya apa yang bermain di fikiran Amnah. Semoga anak solehah, Amnah Mumtazah binti Akmal menjadi penyambung legasi tokbah. Istiqamah di jalan kecintaan para Nabi. Ameen..

Sungguh kematian itu dekat, datang tanpa sesiapa pun menjemputnya...


Monday, March 30, 2015

Home Schooling | Rangsang minda anak

Salam sayang semua...


Selalu nampak set alphabet ni kat kedai tapi tak pernab teruja pun nak beli. Dalam fikiran saya, mungkin Amnah belum bersedia main puzzle kena matching-matching yang kecik camni.

Balik rumah mertua, Amnah nampak puzzle sepupu dia. Saje saya uji..

"Amnah..mana huruf A?" - Dia pun tunjuk huruf A

"Cuba cari A for apple" - Dia pun tunjuk gambar apple atas board dan susun huruf A.

Lepas tu saya tinggal kejap. Tengok-tengok dia dah susun banyak huruf. Itulah, tak baik underestimate kemampuan anak. Budak2 ni cepat je belajar terutamanya mainan warna-warni. Educational toys atau buku boleh cuba perkenalkan dulu, kalau belum sesuai, simpan dan perkenalkan semula kemudian.

Apa pun kena beri kepercayaan dan semangat pada anak. Anak terdorong untuk berusaha lebih kuat dengan sokongan mak ayah. Jangan plak dah beli mainan, longgok je depan anak tanpa tunjukkan cara main yang betul.

Semoga berjaya semua ^_^

Thursday, March 26, 2015

Kisah toilet training Amnah Mumtazah

Assalamualaikum wbt dan salam sayang semua...

Al-kisah..semalam..

Kami dlm perjalanan ke branch Shaklee, tiba-tiba anak solehah bagitahu nak buang air besar. Memanglah dia dah pandai membuang kat tandas tapi sekarang ni dalam kereta!! Kelam kabut gak ummi pastikan kami sampai cepat-cepat ke branch. Kesian anak sakit perut.

Ummi: Amnah tahan sekejap ye. Kita yak kat branch ye?
Amnah: ok

Ummi: Amnah buat apa tu? Amnah tahan ke?
Amnah: Hmmm...


Sampai branch, laju2 ke tandas. Eh..tak buang air pun. Ok takpe. Beli barang, terus letak balik anak solehah dlm car seat dia.

Baru nak reverse parking, dia merengek nak buang air lagi. Ummi pujuk, kita balik dulu. Oh..dia tak mahu. Maka gigihlah kita dukung dia semula masuk tandas branch. Eh...tak buang air juga. Tersengih2 pandang kita. Ummi pun macam...arrrr...tadi baru nak terharu Amnah dah pandai tahan buang air.

Termengah-mengah la ummi kendong anak solehah semula ke kereta. Fuuuhh..hari yang mencabar. Alhamdulillah, di rumah jugak awak selesaikan hajat awak ye. Home sweet home kata orang. Hehehe..

Nak train anak diapers free ni memang agak mencabar. Sesungguhnya kesabaranlah kunci utama untuk berjaya. Moga Allah permudahkan urusan kami dan kawan-kawan di luar sana yang tengah gigih toilet train anak. All d best ^_^


Wednesday, February 25, 2015

Maltodextrin bahaya?

Maltodextrin
Salam sayang semua,

Cuba pilih secara random 5 produk yang ada di dapur anda. Kemungkinan ada beberapa produk yang mengandungi maltodextrin sebagai sebahagian daripada bahan-bahannya. Boleh jadi maltodextrin ada dalam yogurt, tepung kek instant, salad dressing dan macam-macam lagi.

Facts:
1) Secara asasnya, maltodextrin terhasil daripada kanji terutamanya beras, jagung, kentang ataupun gandum. Semua ni bahan asa harian kita. Kanji ni melalui proses hidrolisis, maka terhasillah sama ada maltodextrin ataupun pepejal sirap jagung. Bezanya, maltodextrin dihidrolisis menjadi 20% kurang daripada kandungan gula manakala sirap jagung 20% lebih daripada kandungan gula.

2) Maltodextrin bukan MSG. Dia cuma agen pemekat makanan. Macam kita selalu letak tepung jagung dalam kuah kuew teow kungfu.

3) Secara teknikalnya, maltodextrin ni karbohidrat kompleks. Dia tinggi glycemic index, maknanya dia cepat diserap sistem penghadaman.

4) Disebabkan maltodextrin ni mudah diserap badan, seeloknya amik lepas exercise atau lepas buat kerja.

Masih tertanya adakah maltodextrin bahaya? InsyaAllah maltodextrin yang digunakan di dalam produk Shaklee tidak berbahaya jika digunakan ikut panduan yg betul. Tambahan, semua produk Shaklee terhasil daripada bahan-bahan non-GMO. Malah telah melalui ratusan ujian saintifik bagi menguji keselamatan dan keberkesanannya.

Maltodextrin ni pun ada dalam Mealshake Shaklee. Sukatan yang disarankan pada label tong Mealshake adalah untuk dewasa. Untuk kanak-kanak pula, kita ada panduan khas sukatan pengambilan Mealshake mengikut peringkat umur supaya tidak membebankan buah pinggang mereka. Tanyalah saya cara pengambilan yang betul. InsyaAllah saya akan berikan guide yang terbaik.

Mealshake Shaklee untuk kanak-kanak
Rugi tak cuba Mealshake, terlalu banyak manfaat bukan je untuk anak-anak kita tapi untuk dewasa juga. Saya bertemu jodoh dengan Mealshake pun sebab Amnah pernah kena sembelit teruk dulu. Alhamdulillah, sekarang smooth je proses membuang. Dah pandai buang air besar kat tandas plak kan, lagilah mudah. Dia baru je 2 tahun. Hehe ^_^

Saya percaya ibu bapa yang prihatin akan study betul-betul setiap bahan yang ada dalam pemakanan anak-anak. Semua mahukan yg terbaik untuk anak-anak kan? Buatlah pilihan yg bijak berdasarkan ilmu dan pengalaman.

Oh..sekali lagi, hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Saya suka berkongsi dan bercerita. InsyaAllah saya akan bantu temui jawapan untuk permasalahan anda.

Nurul Aiman
013 315 6822
A successful SID
A dedicate mother

Saturday, January 17, 2015

Tips sayur tahan lebih lama dalam peti ais.

Salam sayang semua,

Duk rumah, sambil2 kemas rumah rajin gak la layan Food Network channel 727. Banyak dapat tips dapur best.

Antaranya tips yang saya dapat, cara simpan sayur daun dlm peti sejuk. Lepas beli je, keluarkan dari plastik. Balut dengan tisu dapur. Dua lapis dah cukup. Pastu simpan di bahagian sayur (kat bawah sekali). Elakkan masuk semula dalam plastik. Sayur berdaun mudah layur bila kena lembapan.

Sayur ni dah 2-3 hari dalam peti ais. Tak layu pun.
Tak digalakkan balut dgn surat khabar. 1) sebab surat khabar byk karbon, tak elok. 2) sebab surat khabar kurang serap lembapan macam tisu. 

Sayur daun tahan 3-5 hari je dalam peti ais. Dia sensitif pada suhu sejuk, mudah layu n menguning. So make sure masak cepat.

Hope tips ni membantu. Selamat mencuba ^_^

Monday, January 5, 2015

She'll be 2 years old in a month

Dah berminggu mesyuarat suami isteri (kami mesyuarat semua perkara, dari sekecil2 perkara hingga ke perkara besar) bagi membuat keputusan nak wean-off Amnah. Terlalu banyak yang kami bincangkan. 

Adakah terlalu awal untuk wean-off Amnah?
Adakah 'sekarang' pilihan yang tepat?
Kaedah apa yang terbaik untuk untuk wean-off?
Adakah perlu susu alternatif?
dan banyak lagi...

Process putus susu bukan perkara main-main. Bagi saya (sebagai ibu), process ni sangat perlu dibuat secara beransur-ansur bagi mengelakkan kecederaan emosi ibu dan anak. Sokongan suami sangat penting. Serius, sangat penting!!

Masakan tidak, berbulan-bulan, bertahun-tahun, ibu sumber kekuatan anak. Lapar, dahaga, sakit, takut semua cari ibu. Anak menyusu bukan sekadar lapar tapi ibu memberikan keselesaan dan ketenagan yang tak dapat dicari di tempat lain.

Alhamdulillah..dua tiga hari ni ada perubahan positif.

Dah nampak sinar kejayaan nak wean-off Amnah. Pembacaan tentang gentle weaning sangat membantu. Terima kasih gak pada kawan-kawan sudi share ilmu.

Semoga membesar jadi anak yg solehah ye Amnah Mumtazah binti Akmal Madzir.

Walaupun dah wean-off nanti, Amnah tetap bushuk masham Ummi.