Sunday, November 9, 2014

Fully Breastfeed | Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya

Salam sayang semua,



Kegagalan kali pertama menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya tidak bermaksud akan selamanya gagal. Pengalaman kali pertama mengajar kita untuk lebih bersedia. Siapa tak mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak kan?

Berikut tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Semoga mujahadah kawan-kawan dipermudahkan Allah.

1) Berazam sepenuh jiwa raga sanubari azam tekad (amboi! hehe) akan menyusu penuh anak seterusnya. Sesungguhnya, menyusukan anak perlukan mujahadah yg kuat dari diri sendiri. Bila kita sendiri kata YES tanpa ragu, orang sekeliling akan terkena tempias aura positif itu. Secara tak langsung, mereka akan turut menyokong kita dengan yakinnya.

2) Tambah ilmu pengetahuan tentang susu ibu dan penyusuan susu ibu. Suami dan keluarga juga harus di-educate-kan. Sokongan suami memainkan peranan yang SUPER besar dalam menjayakan misi ni. Suami-suami tolong jangan pandang ringan ye tugas menyusu anak. Isteri diberikan pakej lengkap menjadi ibu oleh Allah bagi memberikan zuriat kepada suami. Mengandung, melahirkan dan menyusu. Sesekali say 'thanks' pada isteri dan berikan hadiah, pasti segala penat lelah hilang. 




3) Dapatkan bantuan dari mereka yang berpengetahuan. Jangan tersilap menerima pendapat. Bukan semua medical personnel adalah breastfeed friendly. Paling tepat dapatkan bantuan daripada lactation counselor.

4) Baca dan bertanyakan kisah-kisah kejayaan ibu-ibu lain menyusukan sepenuhnya anak mereka dengan susu ibu. Kisah pahit manis mereka memberi inspirasi dan motivasi untuk kita turut menyusukan anak.

5) Ambil supplement untuk diri sendiri. Kawan-kawan akan rasai perbezaannya. Namun perlu difahami bahawa supplement bukanlah cara mudah untuk membanyakkan susu ibu. Supplement bertujuan memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Saya percaya, badam yang sihat secara tidak langsung mampu membekalkan susu ibu yang lengkap nutrient kepada baby. 

Percayalah pada kehebatan diri yang telah Allah ciptakan. Jangan mudah berserah. Sesungguhnya saya telah menemui ramai ibu yang tersilap langkah, tidak dapat menyusukan sepenuhnya anak pertama dengan susu ibu. Namun mereka berjaya berbeuat demikian pada anak kedua , ketiga dan seterusnya.

Go..go girl! You can do it!