Monday, October 6, 2014

Aidiladha | Sinonim dengan kolesterol

Salam sayang,

Alhamdulillah, Aidiladha datang lagi. Tahun ni giliran beraya di rumah mertua. Macam nilah saban tahun. Raya Aidilfitri dua kampung, Aidiladha satu kampung je sebab cuti raya haji lebih singkat.

Bersorak gembira hati kecil ni umpama anak-anak kegirangan. Mana taknya. Mak mertua memang master chef. Masak apa pun sedap. Even goreng telur dgn sambal sardin je pun semacam kami perabis bagi licin. Senang cakap, memang tak pernah dietlah kalau balik Jengka ni.

Besungguh encik suami (kanan) dengan abg ipar timbang daging.

Raya haji terlalu sinonim dengan daging. Semalam dah lauk daging, hari ni kambing, esok daging lagi dan akan berlarutan lauk daging sampailah seminggu. Ni pun pak mertua kirim lagi sorang anak sekilo daging untuk bawak balik sebagai upah tolong gotong-royong bersihkan daging korban. Wah! Boleh sampai berminggu-minggu makan daging saje.


Amnah datang nak tengok lembu. Saya datang untuk selfie je. Hehe.
Makan kalau tak berpada mengundang penyakit

Bila dah selalu sangat makan daging mulalah rasa penat, lesu, mudah mengantuk, malas, dan sakit kepala. Semua ni simptom awal kolesterol dan darah tinggi tau. Ada orang, makan minyak-minyak ni habis naik semua jerawat batu, jerawat pasir dan bapak segala jerawat. Adoi...sakitnye!

Tahu tak, ada kajian mengatakan 20% daripada  orang yang terlalu banyak makan daging berisiko kena penyakit barah penkreas. Daging juga mengandungi banyak lemak tepu dan kolesterol yang boleh menyebabkan penyakit hati.

"Eating too much meat and eggs is 
‘just as bad as smoking’, claim scientists"

Masih ramai antara kita, bila sakit kepala je terus telan paracetamol. Benar paracetamol menghilangkan rasa sakit tapi hakikatkannya ia tak menyelesaikan pun punca utama sakit kepala dan kelesuan yang dialami. Paracetamol tiada nutrient malah jika diambil untuk jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan dinding saluran darah menjadi rapuh.

Supplement penting untuk kesihatan optimum

Untuk mengatasi kolesterol dan darah tinggi terutama di musim perayaan ni, saya mencadangkan produk berikut:


  • Phytocol-ST - membantu menghalang penyerapan kolesterol dan merendahkan kandungan kolesterol jahat. Phytocaol-ST adalah antara produk dalam set kolesterol yang paling powerful.
  • Lecithin -  bertindak sebagai pengemulsi dalam tubuh manusia, membantu menguraikan lemak dan melindungi organ-organ penting dan arteri daripada pembentukan lemak. Ia juga membantu meningkatkan fungsi hati dan membran pembaikan sel; membantu dalam penyerapan thiamin oleh hati dan Vitamin A oleh usus; dan menggalakkan tenaga.
  • Omega Guard - merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung.
  • Alfalfa - berfungsi sebagai agen detoksifikasi bagi membuang toksik berlebihan akibat pemakanan yang tidak sihat.

Pengalaman kami

Kami sekeluarga memang mengamalkan Omega Guard. Maklumlah suami peminat tegar masakan kambing termasuklah kambing golek, kari kambing, kambing black pepper dan nasi Arab Mandy kambing (tak boleh tambah lagi list, saya tau ada yang dah terliur). Tekanan darah walid Amnah selalu tinggi walaupun dalam keadaan rilex. Dia juga mudah rasa penat. Itu yang sangat membimbangkan saya.

Tengoklah tu mak mertua saya dah masak sup tulang marvelous.
Wajib telan 3 biji Omega Guard malam ni!

Alhamdulillah, lepas walid Amnah amal Omega Guard, berat badan dah turun, bersin-bersin setiap pagi juga hampir tiada dan tak ada lagi sakit kepala selepas makan lauk berasaskan daging. Walau macam manapun, saya tetap kawal pemakanan walid Amnah, nak tambah sup daging lagi saya dah signal dengan jelingan. Hehehe. ^.^

Saya pula sejak amal Alfalfa dan Omega Guard, mudah je rasanya nak turun berat badan. Kalau naik pun tak pernah sekilo dan situasi ajaib ni dah berlarutan selamat berbulan-bulan. Waahh. Tak suka ke bila kita terpaksa kurus, terpaksa cantik dan terpaksa ceria? Hati kembang bila ayah dan suami puji badan slim macam anak dara. Lalalala ^.^

My princess pun memang saya beri setiap hari Omega Guard. Dia makan macam gula-gula. Haha. Siap minta lagi. No..no..sayangku, for kids cuma satu biji je sehari. Perubahan paling ketara, dia cepat belajar. Mudah hafal perkataan dan cepat bercakap. Ada aunty Chinese yang kami jumpa di R&R Genting Sempah baru ni teka umur Amnah dah 3 tahun sebab cara Amnah respon tak macam budak baru setahun. Alhamdulillah, ni usaha kami. Selain tu, doa tak pernah tinggal, mudah-mudahan Amnah Mumtazah jadi anak yang solehah ^.^

Final words

Beraya-beraya juga. Ingat, apabila kita beribadah, jangan sampai ibadah terlaksana, tapi tubuh kita pula yang menanggung azab. Cegahlah sebelum segalanya terlambat. 

Nantikan entry saya seterusnya dengan senyuman ^.^

Macam biasa, sila komen, like dan share sebagai tanda sokongan. Sharing is sadaqah ^.^

Saya memberikan konsultasi percuma untuk pelanggan saya. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, bolehlah menghubungi saya di:

Facebook: Nurul Aiman
FB Fanpage: Symphony Wellness
No tel: 013 315 6822



Sumber info penyakit: Reiki Malaysia

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to leave some comments. I just love hearing from you!