Thursday, October 9, 2014

Cara Mudah Travel dengan Supplement

Salam sayang semua,

Hari ni rasa macam nak share cara pack supplements untuk travel. Yelah, kita bukan selalu ada kat rumah. Ada masa kena pergi kursus, ada masa balik kampung, cuti sekolah pulak kita pergi holiday kan. Walaupun jauh dari rumah, bukanlah alasan untuk tak bawa supplement bersama.

Biasa bila kita kat luar ni, pemakanan kita lagi tak terjaga berbanding di rumah terutamanya bila tengah melancong. Makan mesti nak sedap-sedap je di restoran atau gerai. Tambahan, badan mudah keletihan sebab kita kerah seluruh tenaga berjalan sana-sini, tu belum masuk shopping dan window shopping lagi kan. Memang WAJIB sangat bawa bekalan supplement sekali.

Konsisten ambil supplements walau di mana berada.

Cara pack supplements

Ada macam-macam cara nak organize supplements supaya mudah kita nak capai masa travel. Travel jauh terutamanya ke luar negara, kadang-kadang ada limit untuk luggage kita kan? Takkan nak angkut bertong-tong ESP dan mealshake. Rugi space. Hehe.

Ada masa kita travel sekejap je dua-tiga hari, ada masa lama berbulan-bulan. Saya senaraikan beberapa pilihan cara pack supplements yang sesuai bergantung pada tempoh dan destinasi travel masing-masing.

1. Pill box - Yang ni sesuai untuk mereka yang travel dalam tempoh yang singkat, paling lama mungkin seminggu je. Semua supplements boleh susun dalam pill box ikut masa (siang/malam) untuk tempoh beberapa hari.

Pill box untuk tempoh seminggu


Pill box day/night untuk tempoh seminggu

Pill box canggih sikit, siap ada timer!


Pill box untuk tempoh panjang (sebulan)

2. Zipper bag - Ni sesuai untuk pack supplement dalam bentuk serbuk seperti ESP, Mealshake, Performance Drink dan Cinch. Nak pack supplements dalam bentuk tablet pun boleh cuma kena pastikan zipper sentiasa lock supaya supplements tak mudah rosak.

ESP, Performance drink dan Mealshake boleh pack dalam zipper bag kecil-kecil, cukup untuk sekali minum. Mudah dan tak perlu leceh-leceh. Kalau guna zipper bag besar, kita cedok banyak kali, bahan dalam tu mudah tercemar.

PENTING: Setiap zipper bag kena LABEL tarikh packing dan tarikh expired supaya mudah kita rujuk nanti.

Kawan saya pack PD khas untuk kemudahan mertua pergi haji.

Ni contoh lain. Sumber bukan Shaklee: SCD Lifestyle 

3. Cara Aiman - Saya mudah je. Saya angkut je semua botol-botol supplements termasuk tong ESP, Performance drink dan Mealshake setiap kali pergi travel. Bukan malas pack tapi nak mengekalkan kesegaran di tahap paling optimum. (Sila jangan buat muka tak percaya..hahaha)

Saya nak attach gambar beg kain saya yg penuh dengan supplement Shaklee. Ntah mana gambar tu. Tak jumpa pulak. Nanti dah ada, saya attach ye ^.^

Sekarang semuanya mudah. Dah macam-macam alat dicipta nak bagi kita ingat makan supplement. Kalau lupa lagi, tak taulah nak cakap camne. Kuat sangat bagi alasan ni! Babab kang. Hehe.

Share pada kawan-kawan ye especially yang suka sangat tertinggal supplement kat kampung tu. Sila LIKE dan KOMEN, saya hargai kittikan dan cadangan kawan-kawan ^.^

2 comments:

  1. wah wah. cantik2 pil box. saya pun selalu bawak botol2 je senang. beg kerja penuh botol shaklee. haha

    ReplyDelete
  2. memang biasanya saya angkut dengan botol2 kalau travel tak kira sekejap ke lama. Cuma last week try bawa dlm bekas kecik, langsung terlupa nak amik supplement. Hehe..mmg kena angkut gak botol2 shaklee tu ke mana-mana ^.^

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to leave some comments. I just love hearing from you!