Wednesday, October 8, 2014

Asam Rebus Resepi Ayahanda

Salam sayang semua,

Entry kali ni khas cerita pasal Haji Ghafar je. Siapa dia? Mestilah ayahanda kesayangan saya ^.^

Cerita asam rebus 

Malam tadi, seperti selalunya, saya akan telefon mama untuk bertanya mana-mana resepi yang saya terlupa sambil-sambil bertanya khabar. Puas telefon handphone mama, asyik masuk voicemail je. Akhirnya telefon handphone ayah. Oh, berjawab pun.

Ayah: Assalamualaikum comey~

Hikhik..tergelak saya. Memang ayah mama akan panggil saya comey setiap kali angkat call sebab saya save nama sendiri "Aiman Comey" Saje nak manja-manja dengan mak ayah sendiri ^.^

Korang kalau nak orang panggil nama cute-cute, sila save nama sendiri bila orang minta nombor telefon ok? hehe..gurau je. Sambung cerita tadi.

Saya: Ayah pun comey gak ^__^

Cerita usik-mengusik dan gurau senda berlarutan dengan gelak ketawa. Hehe. Ayah memang pandai mengayat. Patutlah mama tak pernah nak merajuk lama-lama dengan ayah.

Ayah: Ayah tak comeylah. Ayah tak sihat ni. Ayah dengan Suhailah (adik) on the way gi klinik. Suhailah baik hati teman ayah gi klinik.

Nampak tu, ayah puji-puji adik pulak. Mesti tersenyum-senyum adik kat sebelah tu.

Saya: Ayah, mama ikut ayah tak? Mama tak angkat call.

Ayah: Mama tak ikut. Dia nak tengok drama dia last three episode. Kenapa Aiman? Apa cerita Aiman?

Lagi sekali saya tergelak. Segan nak bagitahu ayah saya terlupa resepi asam rebus yang dah sebati dalam darah daging saya. Entah macam mana boleh lupa pun tak tahulah. Nak kata kahwin orang Pahang takdelah juga. Masakan Pahang pun belum master lagi. Mungkin dah lama sangat kot tak masak asam rebus.

Saya: Ayah, Aiman sebenarnya nak tanya mama resepi asam rebus. Lupa! Hehe.

Ayah: Laaaaa....senang sangat tu! Takyah tumis. Rebus je. Guna cili hidup (cili merah). Bawang merah sikit. Bawang putih sikit. Kalau suka letak belacan. Siap.

Saya terus cuba resepi ayah dan ternyata menjadi. Hehe. Senang je.
Lancar je ayah bagi tips masak. Tergelak-gelak lagi saya. Lucu dengar cara ayah explain. Sesungguhnya, memang ayahlah orang pertama yang mengajar saya betapa seronoknya memasak di dapur. Ayah orang pertama yang ajar saya memasak nasi, asam pedas, nasi goreng, kangkung belacan dan macam-macam lagi.

Sempat hantar report dalam Whatsapp family. Meriah!
Rindu Ayah !!

Malam tu saya termenung sendiri sambil belek-belek album dalam handphone. Saya cari gambar saya berdua dengan ayah. Tak ada! Tiba-tiba rasa sedih.

Gambar lama je jumpa.  September 2011. 
Anak manja ayah 

Dulu masa kecik, memang sayalah anak yang akan ikut ayah ke hulu ke hilir. Ayah pergi kedai sekejap je nak ikut. Ayah pergi ziarah kubur, nak ikut. Pergi bengkel pun ikut. Mama asyik kata saya ni manja ayah.

Bila dah remaja sikit, mulalah degil sikit. Ayah cakap sikit, monyok muka, masuk bilik. Ayah bagi pendapat, 90% tak setuju. Bila difikir-fikir, kenapalah saya ikutkan sangat perasaan masa tu. Ayah cuma seorang. Ayah memang mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia.

Bila dah kahwin, nampak gaya ayah lebih rapat dengan (baca: suka buli) adik Suhailah. Saya macam dah kurang bergurau dan bercerita dengan ayah. Oh, rindunya. Jarang bergambar manja-manja macam dulu. Memang rindu ! Kalau telefon asyik cerita perkara serius, belajar dan kerjaya. Ada gurauan tapi tak macam dulu. Rindu bertandang lagi.

Ayah...

Dialah orang paling kuat support saya untuk sambung belajar lagi. Bila saya rasa down sangat-sangat, penat study. Rasa tak kuat nak teruskan, ayah senyap-senyap suruh Abang Hazim call bagi semangat.

Ayah banyak ajar nilai positif dalam diri. Ayah selalu pesan tentang solat.

Ayah nampak macam tak kisah tapi hati dia mudah terguris.

Ayah tak pernah minta kami adik-beradik balas jasa dia dengan wang ringgit.



"ayah taknak duit anak-anak, 
kalau ada rezeki lebih bagi pada mama. 
Cuma ayah minta sesekali belikan 
ayah baju cantik-cantik. Itu je ayah minta."

Nak balas jasa ayah ni kawan-kawan bukan tunggu kita kaya-raya tau. Doakan mak ayah kita setiap masa bukan tunggu dah tak ada.

Jangan sedih-sedih pulak. Entry ni saya tulis mengenangkan betapa besarnya pengorbanan dan jasa ayah dalam hidup saya. Semoga ayah bangga punyai anak seperti saya. Ameen.

I LOVE U AYAH.

Nanti jumpa sekali lagi nak bergambar banyak-banyak berdua je dengan ayah.

Pss - Dia juga yang menguatkan saya terima lamaran cinta encik suami. Hehe. Kalau tak, tentu saya tak rasa bahagia seperti sekarang. ^.^

Macam biasa, boleh share, like dan komen tapi mohon tidak send link entry ni pada ayah saya ok. Dia sensitif, nanti dia nangis. hehehehe =P

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to leave some comments. I just love hearing from you!