Friday, October 10, 2014

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Salam sayang semua,

Sedikit perkongsian penglibatan saya dalam dunia Shaklee. 

Saya bermula awal tahun 2014 sekitar bulan March. Tapi hanya betul-betul serius berbisnes sejak dua-tiga bulan yang lepas.

Shaklee Lover.

Saya bukan taksub membabi buta. Sebelum saya decide nak join Shaklee, saya buat self-research habis-habisan. Puas buat comparison. Macam-macam orang saya tanya. Sana sini saya google jawapan. 

Bukan senang nak percaya apatah lagi yakin pada product yang asing di pendengaran saya. Tambahan, education background menyebabkan saya lebih percaya pada bukti-bukti berdasarkan kajian saintifik. Setakat hebahan kosong kawan-kawan dan poster berwarna-warni, sikit pun tak mengujakan hati saya.

Saya terus membaca dan mencari jawapan. Saya cuba bersikap terbuka dengan harapan Allah membantu beri jawapan terbaik. Subhanallah! Allah Maha Mendengar kawan-kawan.

Ternyata, product Shaklee bukan sembarangan. Shaklee disokong oleh banyak kajian saintifik. In fact, Shaklee peruntukkan jutaan USD setiap tahun untuk R&D. Kajian klinikal juga tak terhitung banyaknya.

Antara kajian saintifik yang Shaklee conduct
Boleh check selanjutnya di:

1. Shaklee Health Science - Hampir semua kajian klinikShaklee ada di sini.
2. M.D Resources- Website khas untuk pengamal perubatan untuk tahu lebih lanjut tentang Shaklee diketuai sendiri oleh Dr. Jamie McManus, M.D., Chairman of Medical Affairs, Health Sciences & Education for Shaklee Corporation.



Perubahan terbesar

Alhamdulillah, di samping kesihatan keluarga semakin meningkat. Saya happy dan bersyukur dapat membantu ramai kawan-kawan menyusu penuh anak paling kurang 2 tahun. Hampir menangis saya bila kawan yang pada awalnya berniat hendak beri anak susu formula beritahu berjaya kembali menyusu penuh anak setelah konsisten mengambil set menyusu Shaklee.

Jujurnya, Shaklee telah banyak mengubah cara fikir saya. Saya kembali menjadi insan yang positif kerana saya yakin Allah adalah sebenar-benarnya tempat pergantungan. Kita ikhlas sharing dari hati dengan harapan kawan-kawan juga menikmati benefit yang kami sekeluarga rasa.

Sesungguhnya, saya percaya kekayaan yang sebenar bukanlah pada harta sebaliknya pada kesihatan yang baik. Dengan kesihatan yang baik, kita mampu beribadah dengan lebih sempurna, kita mampu bekerja lebih keras membantu keluarga menikmati kehidupan yang selesa, dapat membalas jasa mak ayah di kampung serta dapat memberikan ana-anak peluang pendidikan terbaik.




Opportunity to a better life

Kepada anda yang ingin memulakan business Shaklee, kami di Symphony Wellness group sedia berkongsi kepakaran, pengetahuan dan pengalaman. InsyaAllah, kumpulan besar kami mempunyai sistem training yang tersusun dan group sokongan yang mantap terdiri daripada ramai mentor yang hebat. Kami bertanggungjawab melatih anda sehingga anda berjaya mebinar empayar anda sendiri.

Kami yakin, dengan kesungguhan dan tekad anda mengubah cara hidup, segala impian anda untuk hidup lebih sihat, financial freedom akan menjadi kenyataan. Hanya menunggu dan melihat kejayaan orang lain  tidak akan mengubah masa depan anda. Segera bertindak.

#ShakleeEffect

Hubungi:
Facebook: Nurul Aiman
FB Fanpage: Symphony Wellness
No tel: 013 315 6822

Thursday, October 9, 2014

Cara Mudah Travel dengan Supplement

Salam sayang semua,

Hari ni rasa macam nak share cara pack supplements untuk travel. Yelah, kita bukan selalu ada kat rumah. Ada masa kena pergi kursus, ada masa balik kampung, cuti sekolah pulak kita pergi holiday kan. Walaupun jauh dari rumah, bukanlah alasan untuk tak bawa supplement bersama.

Biasa bila kita kat luar ni, pemakanan kita lagi tak terjaga berbanding di rumah terutamanya bila tengah melancong. Makan mesti nak sedap-sedap je di restoran atau gerai. Tambahan, badan mudah keletihan sebab kita kerah seluruh tenaga berjalan sana-sini, tu belum masuk shopping dan window shopping lagi kan. Memang WAJIB sangat bawa bekalan supplement sekali.

Konsisten ambil supplements walau di mana berada.

Cara pack supplements

Ada macam-macam cara nak organize supplements supaya mudah kita nak capai masa travel. Travel jauh terutamanya ke luar negara, kadang-kadang ada limit untuk luggage kita kan? Takkan nak angkut bertong-tong ESP dan mealshake. Rugi space. Hehe.

Ada masa kita travel sekejap je dua-tiga hari, ada masa lama berbulan-bulan. Saya senaraikan beberapa pilihan cara pack supplements yang sesuai bergantung pada tempoh dan destinasi travel masing-masing.

1. Pill box - Yang ni sesuai untuk mereka yang travel dalam tempoh yang singkat, paling lama mungkin seminggu je. Semua supplements boleh susun dalam pill box ikut masa (siang/malam) untuk tempoh beberapa hari.

Pill box untuk tempoh seminggu


Pill box day/night untuk tempoh seminggu

Pill box canggih sikit, siap ada timer!


Pill box untuk tempoh panjang (sebulan)

2. Zipper bag - Ni sesuai untuk pack supplement dalam bentuk serbuk seperti ESP, Mealshake, Performance Drink dan Cinch. Nak pack supplements dalam bentuk tablet pun boleh cuma kena pastikan zipper sentiasa lock supaya supplements tak mudah rosak.

ESP, Performance drink dan Mealshake boleh pack dalam zipper bag kecil-kecil, cukup untuk sekali minum. Mudah dan tak perlu leceh-leceh. Kalau guna zipper bag besar, kita cedok banyak kali, bahan dalam tu mudah tercemar.

PENTING: Setiap zipper bag kena LABEL tarikh packing dan tarikh expired supaya mudah kita rujuk nanti.

Kawan saya pack PD khas untuk kemudahan mertua pergi haji.

Ni contoh lain. Sumber bukan Shaklee: SCD Lifestyle 

3. Cara Aiman - Saya mudah je. Saya angkut je semua botol-botol supplements termasuk tong ESP, Performance drink dan Mealshake setiap kali pergi travel. Bukan malas pack tapi nak mengekalkan kesegaran di tahap paling optimum. (Sila jangan buat muka tak percaya..hahaha)

Saya nak attach gambar beg kain saya yg penuh dengan supplement Shaklee. Ntah mana gambar tu. Tak jumpa pulak. Nanti dah ada, saya attach ye ^.^

Sekarang semuanya mudah. Dah macam-macam alat dicipta nak bagi kita ingat makan supplement. Kalau lupa lagi, tak taulah nak cakap camne. Kuat sangat bagi alasan ni! Babab kang. Hehe.

Share pada kawan-kawan ye especially yang suka sangat tertinggal supplement kat kampung tu. Sila LIKE dan KOMEN, saya hargai kittikan dan cadangan kawan-kawan ^.^

Wednesday, October 8, 2014

Asam Rebus Resepi Ayahanda

Salam sayang semua,

Entry kali ni khas cerita pasal Haji Ghafar je. Siapa dia? Mestilah ayahanda kesayangan saya ^.^

Cerita asam rebus 

Malam tadi, seperti selalunya, saya akan telefon mama untuk bertanya mana-mana resepi yang saya terlupa sambil-sambil bertanya khabar. Puas telefon handphone mama, asyik masuk voicemail je. Akhirnya telefon handphone ayah. Oh, berjawab pun.

Ayah: Assalamualaikum comey~

Hikhik..tergelak saya. Memang ayah mama akan panggil saya comey setiap kali angkat call sebab saya save nama sendiri "Aiman Comey" Saje nak manja-manja dengan mak ayah sendiri ^.^

Korang kalau nak orang panggil nama cute-cute, sila save nama sendiri bila orang minta nombor telefon ok? hehe..gurau je. Sambung cerita tadi.

Saya: Ayah pun comey gak ^__^

Cerita usik-mengusik dan gurau senda berlarutan dengan gelak ketawa. Hehe. Ayah memang pandai mengayat. Patutlah mama tak pernah nak merajuk lama-lama dengan ayah.

Ayah: Ayah tak comeylah. Ayah tak sihat ni. Ayah dengan Suhailah (adik) on the way gi klinik. Suhailah baik hati teman ayah gi klinik.

Nampak tu, ayah puji-puji adik pulak. Mesti tersenyum-senyum adik kat sebelah tu.

Saya: Ayah, mama ikut ayah tak? Mama tak angkat call.

Ayah: Mama tak ikut. Dia nak tengok drama dia last three episode. Kenapa Aiman? Apa cerita Aiman?

Lagi sekali saya tergelak. Segan nak bagitahu ayah saya terlupa resepi asam rebus yang dah sebati dalam darah daging saya. Entah macam mana boleh lupa pun tak tahulah. Nak kata kahwin orang Pahang takdelah juga. Masakan Pahang pun belum master lagi. Mungkin dah lama sangat kot tak masak asam rebus.

Saya: Ayah, Aiman sebenarnya nak tanya mama resepi asam rebus. Lupa! Hehe.

Ayah: Laaaaa....senang sangat tu! Takyah tumis. Rebus je. Guna cili hidup (cili merah). Bawang merah sikit. Bawang putih sikit. Kalau suka letak belacan. Siap.

Saya terus cuba resepi ayah dan ternyata menjadi. Hehe. Senang je.
Lancar je ayah bagi tips masak. Tergelak-gelak lagi saya. Lucu dengar cara ayah explain. Sesungguhnya, memang ayahlah orang pertama yang mengajar saya betapa seronoknya memasak di dapur. Ayah orang pertama yang ajar saya memasak nasi, asam pedas, nasi goreng, kangkung belacan dan macam-macam lagi.

Sempat hantar report dalam Whatsapp family. Meriah!
Rindu Ayah !!

Malam tu saya termenung sendiri sambil belek-belek album dalam handphone. Saya cari gambar saya berdua dengan ayah. Tak ada! Tiba-tiba rasa sedih.

Gambar lama je jumpa.  September 2011. 
Anak manja ayah 

Dulu masa kecik, memang sayalah anak yang akan ikut ayah ke hulu ke hilir. Ayah pergi kedai sekejap je nak ikut. Ayah pergi ziarah kubur, nak ikut. Pergi bengkel pun ikut. Mama asyik kata saya ni manja ayah.

Bila dah remaja sikit, mulalah degil sikit. Ayah cakap sikit, monyok muka, masuk bilik. Ayah bagi pendapat, 90% tak setuju. Bila difikir-fikir, kenapalah saya ikutkan sangat perasaan masa tu. Ayah cuma seorang. Ayah memang mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia.

Bila dah kahwin, nampak gaya ayah lebih rapat dengan (baca: suka buli) adik Suhailah. Saya macam dah kurang bergurau dan bercerita dengan ayah. Oh, rindunya. Jarang bergambar manja-manja macam dulu. Memang rindu ! Kalau telefon asyik cerita perkara serius, belajar dan kerjaya. Ada gurauan tapi tak macam dulu. Rindu bertandang lagi.

Ayah...

Dialah orang paling kuat support saya untuk sambung belajar lagi. Bila saya rasa down sangat-sangat, penat study. Rasa tak kuat nak teruskan, ayah senyap-senyap suruh Abang Hazim call bagi semangat.

Ayah banyak ajar nilai positif dalam diri. Ayah selalu pesan tentang solat.

Ayah nampak macam tak kisah tapi hati dia mudah terguris.

Ayah tak pernah minta kami adik-beradik balas jasa dia dengan wang ringgit.



"ayah taknak duit anak-anak, 
kalau ada rezeki lebih bagi pada mama. 
Cuma ayah minta sesekali belikan 
ayah baju cantik-cantik. Itu je ayah minta."

Nak balas jasa ayah ni kawan-kawan bukan tunggu kita kaya-raya tau. Doakan mak ayah kita setiap masa bukan tunggu dah tak ada.

Jangan sedih-sedih pulak. Entry ni saya tulis mengenangkan betapa besarnya pengorbanan dan jasa ayah dalam hidup saya. Semoga ayah bangga punyai anak seperti saya. Ameen.

I LOVE U AYAH.

Nanti jumpa sekali lagi nak bergambar banyak-banyak berdua je dengan ayah.

Pss - Dia juga yang menguatkan saya terima lamaran cinta encik suami. Hehe. Kalau tak, tentu saya tak rasa bahagia seperti sekarang. ^.^

Macam biasa, boleh share, like dan komen tapi mohon tidak send link entry ni pada ayah saya ok. Dia sensitif, nanti dia nangis. hehehehe =P

Monday, October 6, 2014

Aidiladha | Sinonim dengan kolesterol

Salam sayang,

Alhamdulillah, Aidiladha datang lagi. Tahun ni giliran beraya di rumah mertua. Macam nilah saban tahun. Raya Aidilfitri dua kampung, Aidiladha satu kampung je sebab cuti raya haji lebih singkat.

Bersorak gembira hati kecil ni umpama anak-anak kegirangan. Mana taknya. Mak mertua memang master chef. Masak apa pun sedap. Even goreng telur dgn sambal sardin je pun semacam kami perabis bagi licin. Senang cakap, memang tak pernah dietlah kalau balik Jengka ni.

Besungguh encik suami (kanan) dengan abg ipar timbang daging.

Raya haji terlalu sinonim dengan daging. Semalam dah lauk daging, hari ni kambing, esok daging lagi dan akan berlarutan lauk daging sampailah seminggu. Ni pun pak mertua kirim lagi sorang anak sekilo daging untuk bawak balik sebagai upah tolong gotong-royong bersihkan daging korban. Wah! Boleh sampai berminggu-minggu makan daging saje.


Amnah datang nak tengok lembu. Saya datang untuk selfie je. Hehe.
Makan kalau tak berpada mengundang penyakit

Bila dah selalu sangat makan daging mulalah rasa penat, lesu, mudah mengantuk, malas, dan sakit kepala. Semua ni simptom awal kolesterol dan darah tinggi tau. Ada orang, makan minyak-minyak ni habis naik semua jerawat batu, jerawat pasir dan bapak segala jerawat. Adoi...sakitnye!

Tahu tak, ada kajian mengatakan 20% daripada  orang yang terlalu banyak makan daging berisiko kena penyakit barah penkreas. Daging juga mengandungi banyak lemak tepu dan kolesterol yang boleh menyebabkan penyakit hati.

"Eating too much meat and eggs is 
‘just as bad as smoking’, claim scientists"

Masih ramai antara kita, bila sakit kepala je terus telan paracetamol. Benar paracetamol menghilangkan rasa sakit tapi hakikatkannya ia tak menyelesaikan pun punca utama sakit kepala dan kelesuan yang dialami. Paracetamol tiada nutrient malah jika diambil untuk jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan dinding saluran darah menjadi rapuh.

Supplement penting untuk kesihatan optimum

Untuk mengatasi kolesterol dan darah tinggi terutama di musim perayaan ni, saya mencadangkan produk berikut:


  • Phytocol-ST - membantu menghalang penyerapan kolesterol dan merendahkan kandungan kolesterol jahat. Phytocaol-ST adalah antara produk dalam set kolesterol yang paling powerful.
  • Lecithin -  bertindak sebagai pengemulsi dalam tubuh manusia, membantu menguraikan lemak dan melindungi organ-organ penting dan arteri daripada pembentukan lemak. Ia juga membantu meningkatkan fungsi hati dan membran pembaikan sel; membantu dalam penyerapan thiamin oleh hati dan Vitamin A oleh usus; dan menggalakkan tenaga.
  • Omega Guard - merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung.
  • Alfalfa - berfungsi sebagai agen detoksifikasi bagi membuang toksik berlebihan akibat pemakanan yang tidak sihat.

Pengalaman kami

Kami sekeluarga memang mengamalkan Omega Guard. Maklumlah suami peminat tegar masakan kambing termasuklah kambing golek, kari kambing, kambing black pepper dan nasi Arab Mandy kambing (tak boleh tambah lagi list, saya tau ada yang dah terliur). Tekanan darah walid Amnah selalu tinggi walaupun dalam keadaan rilex. Dia juga mudah rasa penat. Itu yang sangat membimbangkan saya.

Tengoklah tu mak mertua saya dah masak sup tulang marvelous.
Wajib telan 3 biji Omega Guard malam ni!

Alhamdulillah, lepas walid Amnah amal Omega Guard, berat badan dah turun, bersin-bersin setiap pagi juga hampir tiada dan tak ada lagi sakit kepala selepas makan lauk berasaskan daging. Walau macam manapun, saya tetap kawal pemakanan walid Amnah, nak tambah sup daging lagi saya dah signal dengan jelingan. Hehehe. ^.^

Saya pula sejak amal Alfalfa dan Omega Guard, mudah je rasanya nak turun berat badan. Kalau naik pun tak pernah sekilo dan situasi ajaib ni dah berlarutan selamat berbulan-bulan. Waahh. Tak suka ke bila kita terpaksa kurus, terpaksa cantik dan terpaksa ceria? Hati kembang bila ayah dan suami puji badan slim macam anak dara. Lalalala ^.^

My princess pun memang saya beri setiap hari Omega Guard. Dia makan macam gula-gula. Haha. Siap minta lagi. No..no..sayangku, for kids cuma satu biji je sehari. Perubahan paling ketara, dia cepat belajar. Mudah hafal perkataan dan cepat bercakap. Ada aunty Chinese yang kami jumpa di R&R Genting Sempah baru ni teka umur Amnah dah 3 tahun sebab cara Amnah respon tak macam budak baru setahun. Alhamdulillah, ni usaha kami. Selain tu, doa tak pernah tinggal, mudah-mudahan Amnah Mumtazah jadi anak yang solehah ^.^

Final words

Beraya-beraya juga. Ingat, apabila kita beribadah, jangan sampai ibadah terlaksana, tapi tubuh kita pula yang menanggung azab. Cegahlah sebelum segalanya terlambat. 

Nantikan entry saya seterusnya dengan senyuman ^.^

Macam biasa, sila komen, like dan share sebagai tanda sokongan. Sharing is sadaqah ^.^

Saya memberikan konsultasi percuma untuk pelanggan saya. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, bolehlah menghubungi saya di:

Facebook: Nurul Aiman
FB Fanpage: Symphony Wellness
No tel: 013 315 6822



Sumber info penyakit: Reiki Malaysia

Thursday, October 2, 2014

Rahsia saya kuruskan badan

Ramai pm saya tanya macam mana boleh kurus. Kebanyakkan yang tanya ni mak-mak beranak satu. Saya faham sangat perasaan kawan-kawan. Saya dah lalui semua tu. Kita pun nak kembali muda remaja atau kalau boleh lagi selim-melim dari zaman sebelum berkahwin.

Buat pengetahuan semua, berat saya naik lebih 12 kg banyak masa mengandung dan saya hanya turun 6kg je sejurus selepas bersalin. Terkedu tengok jarum penimbang dekat wad. Aikk...banyak ni je turun?

Dan sepanjang berpantang berat saya cuma turun 2kg. Oh, sangat menyedihkan. Sesungguhnya saya pikul berat badan yang mengecewakan ni sehingga anak hampir berusia setahun. Kawan-kawan jeling je tengok. Ayah asyik perli suruh jaga makan. Suami buat tak tahu je setiap kali saya mengeluh berat kadang-kadang maintain gemuk, kadang-kadang naik. Dah boring le tu. Hehe.

Mulanya nak buat tak tahu je dengan berat yang makin merunsingkan ni dengan harapan, bila anak dah besar, dah penat kejar anak maka berat akan turun sendiri. Pppffttt..




Sila jangan tipu diri sendiri! 

Berat turun sendiri? Yelah tu. Makan banyak, kononnya guna alasan lapar menyusu anak. Anak juga jadi alasan. Kalau anak tu tahu mak dia asyik jadikan dia sebagai alasan, mesti dia sedih.

Tak boleh jadi ni. Akhirnya saya tergerak nak cuba ESP alfalfa. Memang dua ni untuk set menyusu tapi asalnya saya amik untuk kesihatan wanita. Nak kulit cantik katanya. Alhamdulillah susu badan masih cukup untuk anakanda, Amnah Mumtazah.

Sedar tak sedar, berat badan saya turun dengan banyak. Bukan sekaligus  ye tapi setiap bulan turun dan saya dah capai berat idaman saya. Lebih ringan dari zaman bujang hokey!

Happy tak hengat! Macam tak percaya tengok nombor 46 atas penimbang ^.^
Lagi best, saya tetap makan macam biasa. Tak ada pula saya kebuluran semata-mata nak kurus.

Dah ambil set kurus Shaklee tapi masih gagal kurus.

Dalam banyak-banyak pm tu, ada yang dah minum ESP tapi gagal kurus. Ada yang baru minum ESP dua kali tapi mengadu tak ada hasil. Diorang ni bukan customer saya. Saya volunteer guide kawan-kawan sebab saya suka sharing. Kalau boleh nak semua orang rasa nikmat sihat dan nikmat cantik. Siapa SID yang tak guide customer elok-elok ni. Meh nak babab sikit. Hehehe. Gurau je.




Macam mana tu?

Meh saya nak share rahsia saya.

Pertama, nak tanya sikit. Yang gagal kurus tu, awak amik SARAPAN tak setiap pagi?

Tak? Oh patutlah...

Tahu tak orang yang skip sarapan pagi berpotensi 4 kali ganda dapat obesiti? Kalau kita amik sarapan, kita akan cenderung kekalkan berat badan yang sihat, lebih bertenaga, mood lebih ceria, kurangkan risiko penyakit dan paling best kita akan lebih optimum di tempat kerja.

Perasan tak, orang yang tak sarapan ni mudah moody? Heee...betul kan? Bila moody, stress, mulalah nak mulut tu teringin nak kunyah macam- maam.

Jadi apa nak buat lepas ni? Yes, sila amik sarapn setiap pagi. Bancuh ESP mudah je. Takde alasan lagi untuk skip sarapan.




Kedua, MINUM AIR banyak mana?

Segelas sehari pun payah. Mana nak kurusnya.

Orang macam saya tak lalu minum ESP 3 sudu segelas. Pekat sangat. Saya percaya ramai kat luar tu macam tu. Please, janagn tipu diri sendiri lagi ^.^

Untuk pastikan saya minum air secukupnya, saya bancuh satu sudu ESP je untuk segelas air. Sehari tiga gelas ESP. Jadi hanya perlu pastikan saya minum extra 5-6 gelas air masak sehari. Sifir mudah.

ESP rasa lebih sedap tau dgn tips ni. Boleh bancuh dengan mana-mana minuman kegemaran anda.

Lagi rahsia kurus?

Tunggguuuu. Buat dua petua tu dulu naaa. Nanti saya akan share tips lain dalam entry seterusnya.

Macam biasa, perkara baik kita share. Sharing is sadaqah! Feel free to like, comment and share. Saya hargai sokongan kawan-kawan.

Saya dalam proses menulis FREE ebook cara bancuhan ESP yang sedap khas untuk pelanggan ESP saya. InsyaAllah siap tak lama lagi. Ekslusif untuk pelanggan saya je ^.^