Wednesday, September 3, 2014

Pengalaman anak kena Hand Foot and Mouth Disease (HFMD)

Demam..


Amnah mula demam Isnin minggu lepas. Jadi kami decide nak pantau kat rumah je sebab Amnah masih ada selera makan, main aktif macam biasa, suhu pun tak tinggi sangat. Kami sentiasa sponging badan dia supaya tak terlalu pasnas. Esoknya nampak ada dot-dot merah kat bahu. Saya ingat mungkin eczema Amnah naik semula, cuaca panas kan. Macam biasa, saya cuma sapu cream Moogoo yang kami beli dekat farmasi.



Masuk hari ketiga, demam Amnah masih tak kebah, suhu tak tinggi sangat 37.4. Tapi kami tetap risau. Ana pertama, tak ada pengalaman sangat. Macam-macam kami suspect. Eczema, campak, chicken pox. Ish, tak boleh jadi ni. Pagi-pagi, tak sempat sarapan pun, terus bawa ke klinik. Doktor diagnose kudis buta (scabies). Dapat macam-macam termasuk ubat tahan gatal (sapu dan makan) dan ubat gatal nyamuk. Banyak kali saya tanya nurse, boleh ke ubat sapu tu bagi pada budak-budak. Nurse kata boleh je. Saya tetap tak berani sapu dekat Amnah sebab bila baca ingredient dia ada paraben.

Petang tu, saya panik sekejap bila perasan dot-dot merah dah penuh dari bahu sampai ke bawah dagu Amnah. Saya call cik abang suruh balik cepat. Kesian tengok Amnah dah rimas, garu-garu. Lepas maghrib, kami pun pergi klinik lain untuk dapatkan second opinion. Masa ni, dot-dot merah dah naik sampai bibir dan mulut Amnah. Dekat tangan dan kaki pun ada.

Malam tu, doktor diagnose Amnah HFMD. 100% confirm kata doktor. Kami tak suspect langsung Amnah akan dapat HFMD. Amnah dengan ummi dia kena kuarantin sampai Amnah sihat. Langsung tak boleh keluar rumah sebab penyakit ni sangat-sangat mudah berjangkit terutamanya pada budak-budak yang lemah immune system.

Puas fikir dekat mana dia kena jangkit. Mungkin dapat kat klinik kesihatan minggu lepas masa pergi cucuk setahun setengah. Bila baca kat internet, virus HFMD tak akan aktif terus lepas dia berpindah masuk badan baru. Lepas seminggu baru nampak simptom macam naik ruam dan demam.

Kelam kabut kami study ad-hoc pasal HFMD kat internet. Tak ada ilmu langsung pasal penyakit ni. Tengok gambar budak kena HFMD, sampai tangan, mulut melepuh. Scarrryyy. Taknak Amnah jadi sampai camtu sekali. Mulalah tanya sana, tanya sini minta tips. Ada kawan siap bagi tips paling berkesan: SABAR, SABAR dan SABBBBAAARRR. So true!

Mana taknya, malam je Amnah tak dapat tidur sebab ruam dia gatal dan sakit. Tidur dah la lewat pukul 12 malam, pukul 2.30 pagi dah bangun. Tu tidur bilik air-cond, kalau takde air-cond, mungkin tak tidur terus.


Sental-Sental..


Alang-alang kena kuarantin, saya buat projek membersihkan satu rumah. Lepas sapu satu rumah, saya mop dengan air campur Basic H. Habis dengan dua biji kipas syiling pun saya bersihkan. Gagah jugak ummi ni hah. Cadar, sarung bantal semua saya tukar. Katil kemas-kemaskan. Baju-baju Amnah basuh dengan Basic H juga. Mujur sempat grab Basic H satu masa pergi branch baru ni.

Natural Treatment..


Semakin hari, semakin ketara ruam dekat badan Amnah. Paling teruk dekat bahagian nappy. Nak luruh hati ummi ni bila Amnah yang belum lancar bercakap duk mengadu, "aakiitt, aaakkiitt" sambil tunjuk ruam dekat kaki dia. Ada yang berair, ada yang merah menyala. Alhamdulillah, ulser dalam mulut tak banyak. Amnah makan, minum dan menyusu macam biasa. Main pun boleh tahan aktif. Masa nak tidur je masalah sikit. Agaknya, masa main lupa kejap sakit-sakit semua tu. Dah nak tidur baru rasa.

Saya sapu moogoo, tak masih menggaru. Sapu gak ubat klinik. Masih tak jalan gak. Amnah dah start menagis dan masih menggaru dengan ganas. Tak tahan tengok. Rasa nak menangis sekali. Lepas tu cuba sapu Herbal Blend. Macam magic! Amnah terus stop garu dan slowly tidur. Saya perasan dot-dot dekat tangan dan kaki nampak melepuh tapi tak pecah pun. So, ruam dia tak jadi teruk macam dalam gambar yang saya google sebelum ni. Alhamdulillah syukur.



Herbal Blend ni antara produk Shaklee yang paling berhantu. Sejam lepas announce restok, terus licin online. Dorang ni sekali borong ada yang sampai beratus-ratus. Nasib la sempat gak beli beberapa tiub. Walid Amnah kata, lepas ni tak payah dah guna cream lain untuk Amnah. Guna Herbal Blend je. Murah dan berkesan! Kena buat stok Herbal Blend banyak-banyaklah lepa ni ^.^

Hari-hari seterusnya, saya mandikan Amnah dengan air suam campur dua titik  Basic H untuk bunuh kuman-kuman HFMD yang jahat tu. Amnah enjoy sangat main air, dia buat macam berenang dalam pool pulak. Hehe.



Sekarang dah hari ke-7. Saya baru perasan, ruam-ruam HFMD dah licin. Tak ada parut langsung. Sebelum ni, kesan nyamuk gigit je dah ada kesan hitam. Nak hilang parut gigit nyamuk, boleh amik masak berbulan-bulan. Lebih menggembirakan hati, bila kesan eczema pun hilang. Kulit smooth semula. tak sangka. Kita ikhtiar pulihkan HFMD, tapi eczema pun surut jugak. Alhamdulillah.

Ikutkan semua ruam baik. Tapi ada sikit dekat kaki yang degil. So, walid Amnah tak bagi keluar rumah lagi. Bimbang ada budak terkena jangkitan. So, sabar ye Amnah. Few days lagi kita boleh main kat luar ye.

Selebihnya berdoalah, minta pertolongan pada Allah. Doakan senjata orang mukmin. Dia yang beri penyakit sebagai ujian untuk kita, maka Dia juga yang berkuasa menghapuskannya.

Ni je serba-sedikit sharing pengalaman saya handle anak kena HFMD. Jangan lupa like, share dan tinggalkan komen sekiranya tulisan ni bermanfaat.

1 comment:

Thank you so much for taking the time to leave some comments. I just love hearing from you!