Thursday, September 11, 2014

Home Remedy | Cara ubat batuk anak




Saya dapat petua ni dari kawan-kawan facebook.

Dulu, kalau Amnah batuk selalu sampai berbunyi dada dia. Kami ni bimbang sangat sampai macam-macam cara cuba. Selalu kami sapukan balm kat dada dan belakang dia. Kadang2 buat teknik tepuk percussion tapi hati selalu sayu hati, tak tahan tengok anak menangis.

Jadi, atas saranan walid Amnah yang soleh lagi berwibawa..echeh2.. Kami pun cuba teknik 'garlic stockin'. Alhamdulillah,  lepas cuba cara  ni paling serasi.

Caranya:-
1) Cucuk dua ulas bawang putih dengan kulitnya pada garfu
2) Bakar atas api (lagi baik atas arang)
3) Dah garing, dan lembut, tutup api. Ketepikan sebentar untuk sejuk.
4) Dah sejuk, buang kulit yang terbakar tu dan lenyek.
5) Sapu pada tapak kaki anak.
6) Baki bawang letak dalam stokin dan sarung pada kaki.

Siap ~

Altenatif.
Kalau anak geli-geleman rasa bawang yang licin-licin tu, boleh letak sikit minyak masak pada bawang putih. Gaulkan sikit. Kemudian sapu minyak pada kaki.

Selamat mencuba ^.^

Macam biasa, sila like, komen dan share sekiranya artikel ni bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to leave some comments. I just love hearing from you!