Thursday, September 25, 2014

Bengkak susu | Simptom awal sebelum breast abscess

=== repost with improvement===

Salam sayang,

Pertama sekali saya mohon maaf sekiranya gambar-gambar dibawah mungkin mengganggu emosi kawan-kawan. Saya attach dengan tujuan ilmiah supaya kita semua dapat manfaat bersama.

Keduanya, post ni adalah tulisan semula selepasa saya ziarah kak ipar di hospital tadi (25/09/2014). Nampaknya ada silap faham mengenai bengkak susu. Nasiblah abg doktor, boleh bagi explaination sikit. So, tulisan ni terpaksa diubah supaya maklumat yg betul boleh dikongsikan.

===================

Saya tergerak nak tulis pasal breast abscess sebab baru ni abang bagitahu kak ipar warded. Sebelum ni kak ipar cuma bagitau dia bengkak susu, rupanya dah tahan sakit lama dekat sebulan. Patutlah kena buat minor surgery untuk buang nanah. Allah. Sedih sebab saya tak dapat bantu awal-awal dulu. Saya syak, bengkak susu awalnya berpunca dari baby tak melekap dengan betul pada breast. Bila nipple dah luka, menyebabkan sesi menyusu tak selesa for both mother and baby. Lama-lama, baby akan reject breast yg luka tu dan breast slowly mula membengkak.

Terus teringat pengalaman pernah kena bengkak susu. Lama sungguh tak pump susu. Rindu pulak.


Gigih pump susu sambil menulis thesis


Apa itu bengkak susu?

Bengkak susu sebenarnya kalau ikut medical term dipanggil mastitis iaitu keradangan tapi belum bernanah. Sebelum ni saya ingat bengkak susu sampai bernanah tu mastitis, rupanya bukan. Bengkak susu dan bernanah pulak dipanggil breast abscess. Info ni yang saya nak betulkan supaya kawan-kawan tak confius. Biasanya sebelum kena breast abscess, akan dapat mastitis dulu.

Biasanya mastitis ni rasa sakit membengkak di sesetengah kawasan breast je dan boleh cure dengan antibiotic iTapi once nanah atau abscess dah terbentuk. Tak ada cara lain melainkan perlu pembedahan untuk buang nanah tu.

Breast abscess terjadi bila ada infection yang disebabkan oleh bakteria. Bakteria boleh masuk dalam badan melalui luka (crack) pada breast atau nipple. Kadang-kadang, memang payah nak bezakan mastitis dengan breast abscess sebab kedua-duanya ada simptom yang sama seperti breast yang sangat sakit dan membengkak. Ultrasound perlu dibuat untuk ttahu sama ada wujud nanah atau tak.

Situasi ni common sangat berlaku masa pantang. Masa ni, kilang susu (a.k.a breast) belum pandai sesuaikan pengeluaran susu dengan permintaan baby. Bila baby minum sikit, tapi badan hasilkan lebih susu, tak ada siapa yang minum, maka susu terkumpul di breast menyebabkan dia membengkak. Worst scenario, kalau dibiarkan lama bengkak susu ni boleh jadi jangkitan dan akhirnya bernanah. Kalau dah sampai bernanah tu, namanya bukan mastitis lagi tapi dah jadi breast abscess. 

Sakit wooo..bengkak susu ni. Pernah sekali rasa masa pantang, nasib baik sekejap je. Syukur ada breastpump walaupun beli murah. Masa pump susu tu tak kisah sakit dah, target nak express susu sebanyak mungkin sebelum jadi lebih teruk. Ada orang sampai demam akibat bengkak susu.

Untuk pengetahuan, walaupun dah habis pantang dan badan dah serasi dengan demand baby, bengkak susu masih boleh berlaku. Mungkin sebab kita ter-over pump atau baby dah mula makan dan kurang menyusu.

Sebab terjadi bengkak susu 

Basically, macam yang saya cerita tadi, bengkak susu terjadi bila supply susu lebih banyak daripada demand. Atau dengan bahasa mudahnya, badan kita produce lebih susu tapi tak habis dikeluarkan. Susu yang berbaki tulah akan sebabkan bengkak susu.

Faktor utama lebihan pengeluaran susu termasuk:

  • Tak mematuhi "feeding on demand"
  • Size bra yang tidak sesuai (terlalu ketat)
  • Stress
  • Terlalu awal putus susu


Simptom-simptom bengkak susu

Pertama, breast akan rasa besar dan membengkak (engorgement/swelling). Breast yang bengkak akan rasa macam ada ketulan. Kawasan yang bengkak tu akan jadi kemerah-merahan dan berasa panas. Mungkin juga akan rasa gatal. Bila disentuh akan rasa sakit. Panas dan sakit tu petanda breast dan kena infection.

Adakah susu dari bengkak susu perlu dibuang?

Walaupun bengkak susu terjadi disebabbkan bacteria, susu sama sekali TIDAK perlu dibuang. Boleh beri baby minum macam biasa sebab susu yang terkumpul harus dikeluarkan dan bakteria tersebut tak berbahaya pada baby.

Saya qoute tulisan oleh Hoe Ah Leong Pte Ltd yang saya baca di internet:

"Milk production is often suppressed in patients with lactational mastitis in the mistaken view that the bacteria in the milk may infect the infant and breast feeding is difficult and painful. However, the current view is to continue breast feeding to empty the breast and to help to clear the infection. Milk can also be expressed from the infected breast with a pump and given to the infant without any harm.

The most effective treatment against breast abscess is prevention; expectant mothers should be taught the proper techniques to care for their nipples during breast-feeding."


Cara mengurangkan bengkak susu

Personally, saya dah cuba semua petua ni dan alhamdulillah berkesan pada saya. Saya harap petua ni membantu kawan-kawan jugak ^.^

  • Kerap menyusu baby on-demand. Baby nak je, susukan. Memang penat tapi berbaloi. Lama-lama kita akan biasa.
  • Rawat segera kalau ada nipple crack. Kaedah terbaik ialah sapu sikit susu sendiri ke tempat luka. Kebiasaannya nipple crack adalah petanda baby tak melekap dengan betul. Check, pastikan keseluruhan kawasan gelap (areola) masuk dalam mulut baby.
  • Mandi air suam. Sambil mandi tu, berus area nipple dengan berus gigi bersih.
  • Tuam dengan tuala lembab yang dah dicelup panas tapi pastikan jangan panas sangat. Nanti melecur pulak. Saya prefer tuam berbanding letak kobis sejuk.
  • Urut dalam bentuk bulatan dekat area bengkak tu. Masa menyusu pun urut area tu supaya lancar pengeluaran susu.

Selesai buat semua petua kat atas tu tapi masih tak surut bengkak, tolong jumpa doktor. Please, jangan tangguh-tangguh lagi. Kemungkinan tu bukan bengkak susu lagi tapi dah jadi breast abscess. Masa ni ubat dah tak jalan. Kena buat minor surgery untuk keluarkan nanah yang dah terbentuk dalam breast.

Tips lain yang mungkin kawan-kawan tak tahu adalah dengan ambil lecithin secara konsisten. Ramai tahu lecithin ni function dia untuk pecahkan lemak jadi titisan kecil. Lecithin juga sebenarnya bagus untuk kurangkan bengkak susu tau. Nanti saya cerita detail macam mana lecithin boleh bantu ibu menyusu jadi selim-melim ^.^



Last words

Walau apa pun kepayahan yang dialami sepanjang perjalanan menyusukan baby, tetaplah yakin bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kita. Believe in youself. Kita mampu menjayakan misi penyusuan penuh sehingga dua tahun. 

Go..go..go.. you can do it girl!

Feel free to share, like and comment. Sharing is sadaqah  ^.^


Sumber: Hoe Ah Leong Pte LtdHealth GradesSuana Zhar dan semestinya my brother Dr. Hazim.

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to leave some comments. I just love hearing from you!