Friday, August 22, 2014

Simple Homemade Apple Crisp & Vanilla Ice Cream

Ada orang bagi dua biji apple Granny Smith yang beso gabak. Lama betul apple tu duk dalam peti. Nak makan, masam plak.

Puas google resepi apple paling simple. Maka minggu lepas buat akhirnya decide nak buat apple crisp. Ada orang panggil apple crumble. Bagi saya, sama je dua resepi tu.

Untuk mak-mak yang ada anak kecil yang suka 'menolong' kat dapur, resepi ni memang sesuai sangat untuk korang cuba. Simple dan pantas. Zasss..siap!

Saya suka sangat resepi ni sebab apple dia lembut je tapi topping dia ranggup. Bila makan tu, siap rasa crunch-crunch gitu. Makan pulak dengan satu scoop aiskrim vanilla. Perrghh..terangkat! Gigih suruh cik abang beli aiskrim balik dari kerja. Tak kira, nak aiskrim vanilla jugak. Hehe.


Gambar dari Google. Tak sempat snap dah licin!

Kami makan ni sejuk-sejuk. Baru keluar peti ais - pelik tak? Hehe. Orang putih biasa makan ni suam-suam, baru keluar oven. Tapi kami ikut tips dari Joanne. Wow, boleh tahan! Kawan-kawan makan licin.

First step first


Macam yang saya mentioned sebelum ni, saya guna apple jenis Granny Smith. Apple jenis ni paling sesuai untuk buat dessert sebab rasa masam-masam yang sedap dan bentuk dia plak masih kekal kenyal-kenyal gitu tak terlalu lembik bila dah masak.

Joanne bagi tips untuk biarkan apple tidak dikupas supaya rasa dan tekstur apple lebih sedap. Tapi bagi saya personally lepas dah cuba sendiri, lebih sedap kalau kulit apple dikupas.

Resepi ni tak ikut resepi klasik. Instead of lemon zest, saya guna orange zest. Rasa masam-masam manis dia lebih lemak berbanding lemon yang masam dia menenggelamkan keenakkan apple tu sendiri. Mana boleh over-shadow! Nama pun Apple Crisp bukan Lemon Crisp. Hehe. Saya pula masa tu tak ada pemarut. Baca di sini cara saya dapatkan orange zest tanpa pemarut.




Kemudian topping pula, saya syorkan kawan-kawan guna butter cair insted of butter sejuk atau suhu bilik. Bila kita guna butter sejuk yang kebiasaan resepi sarankan, kita akan perasan masa membakar tu topping akan cair atas apple. Memang sedap, tapi saya lebih suka rasa apple tu balance dengan topping yg ranggup tapi masih ada lembut-lembut dia. Bila guna butter cair, topping akan terletak elok je atas apple. Tu yang kita mahu.

Mudah je nak cairkan butter. Masukkan butter dalam bekas tahan panas, panaskan dalam microwave selama 30 saat atau sampai cair. Alternatif lain, panaskan atas dapur dengan api paling kecil hingga cair. Perhatikan elok-elok supaya tak hangus sebab butter hangus menyebabkan masakan rasa pelik.

Dalam resepi ni, saya terpaksa guna instant oat sebab cook oat tak ada kat rumah. Kalau boleh, sila guna cook oat untuk dapatkat topping yang betul-betul ranggup dan sedap. Tapi kalau tak ada, instant oat pun tak kurang sedapnya ^.^





Ok, tak mo dah bebel panjang-panjang..meh nak share resepi yang diubahsuai, sesuai untuk kumpulan kecil makan dalam loyang yang comel. Semua sukatan saya ambil separuh je, Resepi asal boleh check kat sini.

Untuk bahan-bahan, korang kena sediakan untuk topping dangan filling tau.

Apple crisp with oats

Masa persediaan: 15 minit
Masa memasak: Sejam

Bahan-bahan filling (inti):

2 biji apple size besar (Ganny Smith the best)
1/2 biji jus dan orange zest
1/4 cawan gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan-bahan topping:

1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan cook oat/rolled oat
1/2 cawan gula perang (boleh campur gula kasar tapi saya prefer gula perang)
1/4 cawan butter cair
1/8 sudu teh garam

Cara-caranya:

Panaskan oven kepada suhu 180 darjah celcius atau 350 darjah F. Sapu butter pada loyang.

Untuk filling, potong dadu apple sebesar 1/2 hingga 3/4 inchi. Masukkan ke dalam bekas besar dan gaul rata bersama, jus oren, orange zest dan serbuk kayu manis. Pindahkan ke dalam loyang.


Untuk topping yang ranggup pula, campur tepung, oat, gula dan garam dalam mangkuk. Kemudian tambah butter cair perlahan-lahan. Gaul rata dan tabur atas loyang berisi apple tadi. Saya suka guna tangan untuk gaul sebab kita boleh padat-padatkan supaya  kita dapat adunan kasar malah lebih mudah nak tabur secara sekata atas apple.



Letak loyang di tengah-tengah oven. Bakar selama 30 minit hingga sejam atau sehingga jus sudah memekat, apple lembut dan topping berubah perang keemasan. Kalau topping jadi terlalu cepat perang, tutup dengan aluminium foil dan terus bakar sampai apple lembut.

Selamat mencuba! ^.^

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to leave some comments. I just love hearing from you!