Monday, August 25, 2014

Jumpa doktor gigi

Dah dua tahun kahwin, baru ni berjaya pujuk cik abang ke klinik gigi. Walid Amnah tak berani jumpa doktor gigi. Hehe. Yang takut-takut dibayangkannya, sebab tu la payah benor nak ke klinik gigi. 

Al-kisah...


Satu hari saya asa tengah gosok gigi anakanda, ternampaklah satu lubang kecil kat belakang gigi atas dia. Frust hati bukan main lagi. Yelah, saya ni memang jaga sangat gigi Amnah. Hari-hari gosok gigi. Tak puas hati lagi, lepas gogok pakai berus gigi, siap tonyok pakai napkin pulak. Amnah memang bagi kerjasama setiap kali sesi gosok gigi. 

Jadi, saya pun ajak la walid Amnah ke klinik gigi. Amnah tak ada tunjuk tanda-tanda sakit gigi pun. Tapi saya bimbang takut melarat. Amnah baru setahun setengah. Nak tunggu gigi kekal keluar, lama lagi kot. Tak sanggup! Walid Amnah pun teruja sekalilah nak jumpa doktor gigi. Alhamdulillah ^.^

The D-day...


Setelah berkali-kali gagal ke klinik atas bermacam-macam sebab, akhirnya semalam berjaya juga kami berjumpa doktor gigi. Nasib baik dah buat appointment awal.

Seminggu dua sebelum jumpa doktor gigi, kami dah berlatih dengan Amnah cara buka mulut luas-luas. Comel je tengok dia terkial-kial menganga setiap kali kami suruh buka mulut. "besar lagi Amnah, besar lagi". Hehehe.

Dalam perjalanan ke klinik pun, saya suruh Amnah buka mulut. Saya kata, "Amnah buka mulut. Doktor nak tengok". Dengan muka mengantuk tu, dia usaha juga menganga. 


Dalam hati dah rasa lega. InsyaAllah her first dentist visit will be smooth. Hahaha. Jangkaan saya meleset. Bila masuk je bilik procedure, nampak plak doktor pakai baju biru dengan mask, menangis terus Amnah. Semua latihan buka mulut dah ke laut. Amnah macam fobia sikit dengan medical staff ni. Agaknya teringat-ingat kena cucuk minggu lepas. 

Maka, hari ni kira macam sesi ta'aruf je dengan doktor. Next visit, insyaAllah Amnah behave sikit. Ameen. 

Doktor pun explain, umur macam Amnah memang payah nak check gigi. Even kalau ada kes melibatkan tampalan pun, doktor jarang dapat buat sebab budak terlalu kecil. Sebelum tampal, kena cuci gigi dulu. Bunyi machine tu je dah scary, nak tunggu tampal lagi la tak mau. Lepas tampal, kena tunggu kering. Jadi, jarang sangat tampal tu menjadi untuk budak-budak. 

Doktor cuma suruh jaga pemakananan Amnah. Dia kata no worries sebab Amnah masih breastfeed. Gigi berlubang memang boleh jadi kat sesiapa pun even fully breastfeed child. Maknya kena rajin gosok hari-hari dan bersihkan tempat lubang tu. Ikutkan lubang kat gigi Amnah kecil je, tapi saya ni yg paranoid. Haha. 

Giliran Walid Amnah...


Walid Amnah yang tadi macam berani depan Amnah dah mula tersengih-sengih. Ni first time dia nak buat scaling. Jadi lama lah sikit procedure dia. Takpe, kami tunggu kat dalam sekali, bagi semangat. Hehe.



Nampak tak muka Amnah tu? Tu la dia, doktor datang nak check dia tak mau buka mulut. Doktor kerjakan walid, dia boleh pulak tayang gigi. Sabor je la~

Pengajaranya...


Kesimpulan dan keinsafan dapat lepas jumpa doktor gigi semalam:-

* Jumpa doktor gigi untuk periksa gigi at least setahun sekali
* Scaling gigi at least setahun hingga setahun setengah sekali
* Tidak pernah ada istilah "terlalu awal" bawa anak jumpa doktor gigi

Gigi nak pakai sampai tua. Doktor kata kesihatan gusi sama penting dengan kesihatan gusi. Kalau sambil lewa je penjagaan gusi dengan gigi, belum 35 tahun lagi gigi dah rongak. Tak maaaauuuu~~~



Doktor bagi ubat kumur ni. Ubat ni 100% organik dan non-alcoholic. Jadi sangat sesuai untuk kanak-kanak. Macam Amnah yang belum pandai berkumur dan meludah, kena guna napkin. Celup sikit dalam ubat kumur, pastu gosok kat gigi dia dan bilas guna air biasa. Ini memang alternatif terbaik untuk ganti ubat gigi berflorida untuk umur bawah dua tahun.


Mahal juga kos rawatan gigi untuk seorang. Nanti ada anak doktor gigi seronok gak. Boleh dapat rawatan percuma. Hehehe ^.^

Additional info (added on 25/08/2014)
p/s- Doktor kata gigi walid Amnah kuat cuma gusi dia je macam lemah. So, saya sempat cari info untuk bantu walid Amnah selesaikan masalah dia. Gusi lemah ni boleh jadi skurvy iaitu sejenis penyakit disebabkan oleh kekurangan vitamin C.

Alhamdulillah walid Amnah sekarang memang consume Vita-C Shaklee cuma kena konsisten makan setiap hari. Selain tu, vitamin D pun penting untuk gusi yang sihat. Walid Amnah dah setuju consume Ostematrix. Maklumlah, dia langsung tak boleh minum susu, tekak rasa loya.

Sharing is caring~~

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to leave some comments. I just love hearing from you!