Friday, July 11, 2014

Resepi | Pengat Pisang Nangka Bersagu

Minggu lepas jiran ada bagi pisang warna hijau dua sikat. Tak tahu nak masak macam mana. Maklumlah saya ni makan pisang je pandai, jenis pisang taubat tak kenal. Hehe.




Nak tanya jiran segan sebab anak dia yang hantar pisang tu. Maka saya tanyalah kawan-kawan FB. Macam-macam jawapan saya terima. Membantu juga guna media sosial ni. Nanti ada masa saya tepek respon mereka.

Rupanya jiran bagi pisang nangka. Naseb baik tak pergi masak lemak. Hahaha. Nak ketawa guling-guling tapi tak baik pula bulan Ramadhan ni. Lebih mengharukan, saya baru tahu pisang nangka masak hijau. Mujurlah saya buat study sikit kat internet. Kalau tak sampai bila tak tahu pisang tu dah masak, duk tunggu dia ubah warna kuning. Aiman oh aiman...




Ni pisang yang dah masak. Masih hijau tapi dah kuning sikit. Kalau picit, rasa isi dia dah lembut tapi tak sampai tahap lembik. Atas cadangan kawan-kawan FB, saya nak masak pengat. First time ni nak masak pengat, tanya google lagi. Maka terjumpalah resepi best ni. Saya modified sikit bagi lebih marvelous (katanya~~)


BAHAN-BAHANYA:
Pisang nangka sesikat
Gula Melaka satu ketul setengah (ketul kecil)
Santan pekat segar 2 bungkus
Sagu 4 sudu besar
Air atau santan cair satu cawan
Daun pandan


CARA-CARANYA:
1. Pisang potong serong-serong. Asingkan.

2. Gula Melaka dipotong-potong kecil. Kemudian cairkan gula Melaka dalam periuk dengan secawan air. Dah cair, tutup api.

3. Dalam periuk lain, panaskan santan dan masukkan gula melaka cair. Sila guna tapis ye. Tak mahu ada ketul2 atau bahan asing dlm pengat nanti. Pastikan guna api paling kecil dan sentiasa kacau supaya tak pecah santan.

4. Masukkan sagu yang dah dibilas menggunakan tapis. Ikut pengalaman saya, sagu lebih cepas masak kalau kita dah rendam dulu. Jadi terpulang, kalau sempat rendam la dulu. Kalau nak cepat, masukkan terus. Teruskan kacau supaya sagu tak melekat dan berketul.

5. Bila sagu dah jernih, masukkan pisang. Gaul sikit dan padam api. Jangan biar lama-lama nanti pisang lembik. Alihkan periuk dari api dan biar sejuk. Siap!



Senang je kan? Saya pertama kali buat terus jadi. Bawa sejuk-sejuk gi potluck berbuka puasa. Liciiinnnnn~~ ^.^

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to leave some comments. I just love hearing from you!