Saturday, July 19, 2014

Home Schooling | My baby Omega

Alhamdulillah. Syukur ya Allah. 

Masa awal-awal kami beli buku Perkataan Pertama untuk Amnah, dia macam tak berapa minat dengan buku ni. Mungkin buku ni terlalu crowded dengan gambar, jadi Amnah payah nak fokus. Dah macam mini encyclopedia pulak.  




Tapi kami tak putus asa. Simpan dulu buku ni buat sementara waktu.  Kemudian, kami bacakan pula buku-buku yang lebih ringkas. Contoh terbaik untuk bantu anak fokus ialah dengan memilih buku yang ada satu objek je dalam satu muka surat dan background dia ada satu warna je.



Buku ABC dengan background putih

Buku 'First Words' dengan background berwarna tapi satu warna sahaja untuk setiap objek.


Biasanya each reading session bertahan dalam dua-tiga minit je. Bagi kami tu dah sangat-sangat memadai sebab anak-anak usia macam Amnah (belum setahun masa kami perkenalkan buku-buku di atas) jarang dapat fokus lebih 5 minit. Target kami adalah minda bawah sedar Amnah. Dan kami juga sangat faham bahawa ibu segalan INGATAN adalah ULANGAN. Jadi kami sentiasa ulang-ulang perkenalkan nama-nama objek dalam buku walaupun Amnah tak fokus, walaupun sekejap-sekejap dia pergi main dengan bear, main lari-lari, sekejap baring. Fuuhh. Macam-macam dia boleh buah dalam satu masa. 


Ada masa dia dah boring, kami cepat-cepat tutup buku dan keluarkan toys lain. Macam tu lah rutin Amnah setiap hari. Tak ada jadual khusus. Ikut suka dia bila nak study (baca buku). Kalau mood dia nak baca buku, kita layankan je. Kalau nak main dengan stuffed toys, kita pun main sama. Hehe. Orang putih kata HOME SCHOOLING. 

Once Amnah dah boleh fokus, barulah kami beralih ke buku yang lebih complex, buku yang ada banyak gambar dan warna. In fact, Amnah sendiri datang bawa buku-buku tu dekat kita suruh baca. Kalau dulu, buka je buku yang crowded dengan gambar, dia akan belek-belek sekejap, kemudian letak tepi. 

Amazingly dengan kuasa ALLAH, Amnah dah kenal hampir semua objek dalam gambar ni. Bukan haiwan liar je, malah Amnah kenal kebanyakkan haiwan ternakan, hidupan laut, objek di taman rekreasi dan kenderaan dalam buku yg sama.




Jujurnya, kami tak pernah specifically perkenalkan objek-objek dalam buku tu. Masa first time tanya Amnah, "Mana lion?" dia tunjuk tepat pada singa. Terkejut saya! Dalam hati saya terdetik, "mungkin kebetulan je kot". Jadi saya cuba uji dengan haiwan lain. Ternyata Amnah memang kenal semua yang saya sebut.

Tiger / Harimau
Elephant / Gajah
Crocodile / Buaya
Bear
Hippo
Tupai
Starfish
Ketam
Sotong
Ball
Udang
Lembu
Cat / Kucing
Dog / Anjing
Ayam
Duck / Itik
Rabbit / Arnab
Kuda
Kerbau
dan terlalu banyak sampai saya tak dapat senaraikan...

Amnah belum setahun setengah pun. Subhanallah. ^.^

So, ibu-ibu jangan putus asa didik anak-anak. Walaupun anak-anak tak fokus, minda bawah sedar mereka sentiasa sedar. Apa yang kita asyik ulang-ulang tu yang akan melekat kat otak dia. Kalau kita asyik menjerit, marah-marah dan sebut kata-kata negatif, yang negatif jugalah yang akan membina peribadi anak-anak kita. 

Macam mana Amnah boleh kenal semua objek tu tanpa kami specifically ajar pada buku yg sama? Saya tak ada rahsia pun. Semua saya dah share kat atas. Kuncinya bermula AWAL. Dari baby lagi dah bacakan mula bacakan buku-buku simple untuk Amnah. Dari situ, Amnah simpan dalam memori dia. Yang ni kucing. Yang ni singa. Yang ni anjing. Bila kita tunjuk gambar lain pun dia masih boleh kenal yang tu semua haiwan yang sama. Ibu-ibu jangan gelojoh, terus nak bacakan buku yang complex pada anak ye. Ambil masa dan enjoy the moment ^.^

Rahsia kedua, masa mengandungkan Amnah, saya sentiasa amalkan makanan tambahan minyak yang diperbuat daripada hati ikan dari brand lain. Rugi saya tak kenal Shaklee masa tu. Minyak ikan kaya dengan Omega yang dapat bantu perkembangan otak bayi sejak dari dalam kandungan lagi. Lepas Amnah dah besar baru saya kenal Shaklee. Saya segera bertukar brand. Yelah, mana nak jumpa minyak ikan lebih tulen dari Omega Guard? Minyak ikan asli yang diperbuat dari ikan bukannya HATI ikan (orgab dalaman). Kita sendiri tak makan organ dalaman, inikan nak bagi anak makan. Allah, tak sanggup. Bagi saya Omega Guard adalah pilihan terbaik. Saya sangat berpuas hati.

Niat asal ambil Omega untuk bantu suami kurangkan kolesterol. Suka sangat makan kambing, Hehe. Saya pula nak dapatkan berat idaman. Untuk Amnah, saya niat nak boost immune system dia. Sebelum saya join Shaklee, saya pernah terbaca testimoni anak bebas athma dan eczema lepas ambil Omega.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Suami saya dah berjaya turun 3kg dalam masa tak sampai sebulan. Berat saya dah ideal 46.5kg. Saya berhasrat turunkan 2kg lagi untuk capai berat idaman. Amnah belum pernah neb lagi sejak ambil Omega. Syukur ya Allah. Eczema makin kurang. Dan paling gembira bila suatu hari, walid Amnah tersenyum keterujaan sambil memuji-muji Allah bila Amnah berjaya tunjuk semua objek dgn tepat dalam buku mini encyclopedia tu. Rasa gembira lebih dari menang World Cup. Allahuakbar ^.^



Supplement wajib seisi keluarga

Sekiranya mahu tahu lebih lagi tentang Omega Guard, sila hubungi saya pada bila-bila masa 24/7, Nurul Aiman 013-315 6822. Saya sedia memberikan konsultasi percuma kepada anda.

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to leave some comments. I just love hearing from you!