Sunday, July 6, 2014

Musollah pilihan kami Ramadhan ini

Alhamdulillah, sudah lebih seminggu berpuasa dan setakat ni kami sekeluarga masih belum gagal menunaikan solat terawih secara berjemaah di surau atau masjid. Namun musollah yang menjadi pilihan kami Ramadhan ini tidak lain ialah musollah Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar.

Hati rasa lebih tenang solat di sini biarpun kami bawa Amnah bersama. Yelah,sebelum ni kami dah menempuh macam-macam cabaran bawa anak kecil ke surau/masjid terutamanya apabila menghadapi mereka yang tidak setuju anak kecil berada di tempat sembahyang. Kita simpan dulu cerita-cerita yang tidak menarik. InsyaAllah, pengalaman mematangkan kita kan ^.^

Jadi, kenapa ye kami pilih musollah ni? Apa yang menyebabkan kami rasa terpanggil je untuk terus datang menunaikan tanggungjawab di sini?

Antara sebab utamanya adalah:-

1. Ruang solat yang luas dan selamat.
Musollah asal dijadikan tempat solat lelaki. Di belakang musollah pula ada sebuah dewan yang sangat luas dan selesa. Dewan inilah yang digunakan untuk untuk jemaah wanita menunaikan solat terawih. Pintu dewan juga sentiasa dipastikan bertutup. Jadi tak perlu bimbang anak merangkak keluar. (Eh, Amnah dah pandai jalan..hehe)

2. Suasana santai dan jemaah yang lebih mesra keluarga
Boleh dikata hampir separuh jemaah yang hadir membawa anak-anak untuk turut sama berbuka dan solat di sini.  Oleh kerana masing-masing membawa anak, jadi para jemaah seperti sebuah keluarga yang besar. Walaupun tidak kenal antara satu sama lain, anak-anak dibiarkan bebas bermain dan bersosial antara satu sama lain. Anak lebih besar kelihatan sibuk memerhati yang kecil. Yang kecil sibuk nak ikut yang besar. Lucu~ Hehe.

3. Tandas dan ruang wudhu' yang selesa.
Walaupun tandas dan tempat solat ada jarak sikit, tapi kedudukannya tidaklah jauh sangat. Jemaah Muslimat juga tidak perlu risau bertembung dengan jemaah lelaki sekiranya hendak ke tandas atau hendak perbaharui wudhu' kalau terbatal. Ini yang saya suka.

4. Solat terawih ringkas.
Di KUIZM, solat terawih dibuat 8 rakaat dengan kuliah ringkas selepas 4 rakaat. Bacaan Imam terawih ringkas namun masih tartil, just nice. Tak pendek sangat namun tidaklah panjang sangat sampai kita jadi bimbang anak pada anak di belakang.

5. Ramai kawan.
Bukan Amnah je jumpai ramai kawan-kawan. Ummi walid dia pun jumpa ramai kawan-kawan di sini di samping berkenalan dan beramah mesra dengan kenalan baru. Indahnya ukhwah Islam. ^.^

Happy parents, happy children! Yeay!!

Apa pun sebagai ibu bapa, saya kira adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak berada dalam keadaan suci sebelum di bawa bersama ke ruang solat. Ini antara adab-adab yang perlu kita patuhi:-

1. Tukar lampin baru sebelum ke surau/masjid
2. Pastikan anak-anak terkawal dan tidak mengganggu jemaah lain. Jika perlu, bawa sekali permainan supaya mereka ada aktiviti untuk dilakukan.
3. Bawa kelengkapan anak-anak seperti lampin tambahan, minuman dan makanan.

Memang fitrah anak-anak suka bermain. Namun, sekiranya keadaan menjadi di luar kawalan seperti terlalu bising atau menangis sekuat hati, segeralah mendapatkan mereka. Bimbang bukan semua mata yang memerhati adalah mata yang memahami. Ada baiknya kita berikan hak pada anak-anak, berikan mereka perhatian dan kasih sayang yang secukupnya supaya kita dapat kembali menunaikan solat dengan gembira. ^.^

Kesimpulannya, bagi ibu bapa yang masih tercari-cari surau yang mesra keluarga Ramadhan ini, saya amat menggalakkan anda ke KUIZM. Inilah masa anda melatih anak-anak mendekati dan mencintai surau/masjid. Oh ye, KUIZM turut menyediakan juada berbuka secara percuma setiap hari atas sumbangan orang-ramai. Datanglah beramai-ramai, kita berukhwah kerana Allah. Kalau jumpa saya di sini, tegur saya tau~ ^.^

P/s - Musollah tu surau dalam bahasa Arab ^.^ v!!

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to leave some comments. I just love hearing from you!