Saturday, July 19, 2014

Home Schooling | My baby Omega

Alhamdulillah. Syukur ya Allah. 

Masa awal-awal kami beli buku Perkataan Pertama untuk Amnah, dia macam tak berapa minat dengan buku ni. Mungkin buku ni terlalu crowded dengan gambar, jadi Amnah payah nak fokus. Dah macam mini encyclopedia pulak.  




Tapi kami tak putus asa. Simpan dulu buku ni buat sementara waktu.  Kemudian, kami bacakan pula buku-buku yang lebih ringkas. Contoh terbaik untuk bantu anak fokus ialah dengan memilih buku yang ada satu objek je dalam satu muka surat dan background dia ada satu warna je.



Buku ABC dengan background putih

Buku 'First Words' dengan background berwarna tapi satu warna sahaja untuk setiap objek.


Biasanya each reading session bertahan dalam dua-tiga minit je. Bagi kami tu dah sangat-sangat memadai sebab anak-anak usia macam Amnah (belum setahun masa kami perkenalkan buku-buku di atas) jarang dapat fokus lebih 5 minit. Target kami adalah minda bawah sedar Amnah. Dan kami juga sangat faham bahawa ibu segalan INGATAN adalah ULANGAN. Jadi kami sentiasa ulang-ulang perkenalkan nama-nama objek dalam buku walaupun Amnah tak fokus, walaupun sekejap-sekejap dia pergi main dengan bear, main lari-lari, sekejap baring. Fuuhh. Macam-macam dia boleh buah dalam satu masa. 


Ada masa dia dah boring, kami cepat-cepat tutup buku dan keluarkan toys lain. Macam tu lah rutin Amnah setiap hari. Tak ada jadual khusus. Ikut suka dia bila nak study (baca buku). Kalau mood dia nak baca buku, kita layankan je. Kalau nak main dengan stuffed toys, kita pun main sama. Hehe. Orang putih kata HOME SCHOOLING. 

Once Amnah dah boleh fokus, barulah kami beralih ke buku yang lebih complex, buku yang ada banyak gambar dan warna. In fact, Amnah sendiri datang bawa buku-buku tu dekat kita suruh baca. Kalau dulu, buka je buku yang crowded dengan gambar, dia akan belek-belek sekejap, kemudian letak tepi. 

Amazingly dengan kuasa ALLAH, Amnah dah kenal hampir semua objek dalam gambar ni. Bukan haiwan liar je, malah Amnah kenal kebanyakkan haiwan ternakan, hidupan laut, objek di taman rekreasi dan kenderaan dalam buku yg sama.




Jujurnya, kami tak pernah specifically perkenalkan objek-objek dalam buku tu. Masa first time tanya Amnah, "Mana lion?" dia tunjuk tepat pada singa. Terkejut saya! Dalam hati saya terdetik, "mungkin kebetulan je kot". Jadi saya cuba uji dengan haiwan lain. Ternyata Amnah memang kenal semua yang saya sebut.

Tiger / Harimau
Elephant / Gajah
Crocodile / Buaya
Bear
Hippo
Tupai
Starfish
Ketam
Sotong
Ball
Udang
Lembu
Cat / Kucing
Dog / Anjing
Ayam
Duck / Itik
Rabbit / Arnab
Kuda
Kerbau
dan terlalu banyak sampai saya tak dapat senaraikan...

Amnah belum setahun setengah pun. Subhanallah. ^.^

So, ibu-ibu jangan putus asa didik anak-anak. Walaupun anak-anak tak fokus, minda bawah sedar mereka sentiasa sedar. Apa yang kita asyik ulang-ulang tu yang akan melekat kat otak dia. Kalau kita asyik menjerit, marah-marah dan sebut kata-kata negatif, yang negatif jugalah yang akan membina peribadi anak-anak kita. 

Macam mana Amnah boleh kenal semua objek tu tanpa kami specifically ajar pada buku yg sama? Saya tak ada rahsia pun. Semua saya dah share kat atas. Kuncinya bermula AWAL. Dari baby lagi dah bacakan mula bacakan buku-buku simple untuk Amnah. Dari situ, Amnah simpan dalam memori dia. Yang ni kucing. Yang ni singa. Yang ni anjing. Bila kita tunjuk gambar lain pun dia masih boleh kenal yang tu semua haiwan yang sama. Ibu-ibu jangan gelojoh, terus nak bacakan buku yang complex pada anak ye. Ambil masa dan enjoy the moment ^.^

Rahsia kedua, masa mengandungkan Amnah, saya sentiasa amalkan makanan tambahan minyak yang diperbuat daripada hati ikan dari brand lain. Rugi saya tak kenal Shaklee masa tu. Minyak ikan kaya dengan Omega yang dapat bantu perkembangan otak bayi sejak dari dalam kandungan lagi. Lepas Amnah dah besar baru saya kenal Shaklee. Saya segera bertukar brand. Yelah, mana nak jumpa minyak ikan lebih tulen dari Omega Guard? Minyak ikan asli yang diperbuat dari ikan bukannya HATI ikan (orgab dalaman). Kita sendiri tak makan organ dalaman, inikan nak bagi anak makan. Allah, tak sanggup. Bagi saya Omega Guard adalah pilihan terbaik. Saya sangat berpuas hati.

Niat asal ambil Omega untuk bantu suami kurangkan kolesterol. Suka sangat makan kambing, Hehe. Saya pula nak dapatkan berat idaman. Untuk Amnah, saya niat nak boost immune system dia. Sebelum saya join Shaklee, saya pernah terbaca testimoni anak bebas athma dan eczema lepas ambil Omega.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Suami saya dah berjaya turun 3kg dalam masa tak sampai sebulan. Berat saya dah ideal 46.5kg. Saya berhasrat turunkan 2kg lagi untuk capai berat idaman. Amnah belum pernah neb lagi sejak ambil Omega. Syukur ya Allah. Eczema makin kurang. Dan paling gembira bila suatu hari, walid Amnah tersenyum keterujaan sambil memuji-muji Allah bila Amnah berjaya tunjuk semua objek dgn tepat dalam buku mini encyclopedia tu. Rasa gembira lebih dari menang World Cup. Allahuakbar ^.^



Supplement wajib seisi keluarga

Sekiranya mahu tahu lebih lagi tentang Omega Guard, sila hubungi saya pada bila-bila masa 24/7, Nurul Aiman 013-315 6822. Saya sedia memberikan konsultasi percuma kepada anda.

Friday, July 18, 2014

Penyelesaian | Masalah perut kembung dan berangin

Kalau perut baby sebu berangin, ibu-ibu boleh try buat senaman basikal. Amnah sampai sekarang masih enjoys senaman basikal ni. 

gambar ehsan Google ^.^

Senang je. Lepas mandikan baby, baringkan secara terlentang atas katil menghadap kita. Lepas gerakkan kaki baby perlahan-lahan macam tengah kayuh basikal. Pastikan peha baby terangkat sikit masa kayuh tu. Tak lama, cuma dalam 10 kayuhan pun dah cukup. Sambil tu pandang baby dan cakap-cakap dengan dia supaya baby pun enjoy senaman ni.

Lagi satu, boleh juga cuba urutan I LOVE U. Mudah je. Masa Amnah kecik, selalu buat. Sekarang dia dah tak enjoy sgt. Nak cepat2 je pakai diaper, main lagi penting. Hehe.

Orang besar pun boleh try senaman basikal ni. InsyaAllah, kentut-kentut lepas tu. Haha. Nanti legalah lepas dah buang angin tu. Selain tu, boleh cuba Peppermint Ginger Plus. Serius, sangat membantu! Ni untuk org dewasa je tau. Jangan bagi baby pulak. ^.^



Sekiranya mahu tahu lebih lagi tentang Peppermint-Ginger Plus, sila hubungi saya pada bila-bila masa 24/7, Nurul Aiman 013-315 6822.

Friday, July 11, 2014

Resepi | Pengat Pisang Nangka Bersagu

Minggu lepas jiran ada bagi pisang warna hijau dua sikat. Tak tahu nak masak macam mana. Maklumlah saya ni makan pisang je pandai, jenis pisang taubat tak kenal. Hehe.




Nak tanya jiran segan sebab anak dia yang hantar pisang tu. Maka saya tanyalah kawan-kawan FB. Macam-macam jawapan saya terima. Membantu juga guna media sosial ni. Nanti ada masa saya tepek respon mereka.

Rupanya jiran bagi pisang nangka. Naseb baik tak pergi masak lemak. Hahaha. Nak ketawa guling-guling tapi tak baik pula bulan Ramadhan ni. Lebih mengharukan, saya baru tahu pisang nangka masak hijau. Mujurlah saya buat study sikit kat internet. Kalau tak sampai bila tak tahu pisang tu dah masak, duk tunggu dia ubah warna kuning. Aiman oh aiman...




Ni pisang yang dah masak. Masih hijau tapi dah kuning sikit. Kalau picit, rasa isi dia dah lembut tapi tak sampai tahap lembik. Atas cadangan kawan-kawan FB, saya nak masak pengat. First time ni nak masak pengat, tanya google lagi. Maka terjumpalah resepi best ni. Saya modified sikit bagi lebih marvelous (katanya~~)


BAHAN-BAHANYA:
Pisang nangka sesikat
Gula Melaka satu ketul setengah (ketul kecil)
Santan pekat segar 2 bungkus
Sagu 4 sudu besar
Air atau santan cair satu cawan
Daun pandan


CARA-CARANYA:
1. Pisang potong serong-serong. Asingkan.

2. Gula Melaka dipotong-potong kecil. Kemudian cairkan gula Melaka dalam periuk dengan secawan air. Dah cair, tutup api.

3. Dalam periuk lain, panaskan santan dan masukkan gula melaka cair. Sila guna tapis ye. Tak mahu ada ketul2 atau bahan asing dlm pengat nanti. Pastikan guna api paling kecil dan sentiasa kacau supaya tak pecah santan.

4. Masukkan sagu yang dah dibilas menggunakan tapis. Ikut pengalaman saya, sagu lebih cepas masak kalau kita dah rendam dulu. Jadi terpulang, kalau sempat rendam la dulu. Kalau nak cepat, masukkan terus. Teruskan kacau supaya sagu tak melekat dan berketul.

5. Bila sagu dah jernih, masukkan pisang. Gaul sikit dan padam api. Jangan biar lama-lama nanti pisang lembik. Alihkan periuk dari api dan biar sejuk. Siap!



Senang je kan? Saya pertama kali buat terus jadi. Bawa sejuk-sejuk gi potluck berbuka puasa. Liciiinnnnn~~ ^.^

Vivix | Kenapa teruja sangat?



Gembira hati ni tak terkata masuk bulan Julai. Mana taknya, semua pakat berpesta dengan Vivix bulan ni. Order berdesup masuk tanpa mempedulikan harga Vivix.

Hanya yang dah pernah cuba Vivix je faham statement kat atas.

Peminat tegar Vivix pasti takkan lepaskan peluang memborong Vivix habis-habisan. Rugilah kalau masih beli dengan harga RM475. Customer jarang sangatlah beli harga retail sebab semua pakat jadi ahli. Kata mereka lebih berbaloi jadi ahli, harga Vivix jadi murah bertingkek-tingkek u'olss ^.^

Ok, saya tahu semua dah teruja nak beli ni. Sabar..sabar. Saya akan explain macam mana caranya.


Cara Dapatkan Harga Vivix Shaklee yang Super Awesome


Basically, ada tiga cara:

1. Beli 2 botol Vivix Shaklee dengan saya. Maka secara automatik anda akan dapat keahlian SEUMUR HIDUP Shaklee secara PERCUMA. Yes, FREE of charge!! Dan yang lebih menggembirakan lagi. Ada BONUS TUNAI menanti anda bulan hadapan.




atau

2. Boleh juga join keahlian Shaklee dengan membayar RM65. Dengan ini anda akan dapat keahlian SEUMUR HIDUP. Kemudian bolehlah terus nikmati harga Vivix Shaklee yang awesome tu. Jika anda tahu berapa harga lepas jadi ahli, pasti anda akan berkali-kali jatuh cinta dengan Vivix.




3. Julaikan bulan pesta Vivix. Shaklee offer beli 6 percuma satu. Dengan pembelian ini anda layak menikmati jumlah penjimatan lebih daripada RM1000. Offer ni lebih berganda-ganda murah dibandingkan dengan harga ahli. (Lagi murah dari harga ahli) Tawaran hebat ni tak akan datang selalu. Mungkin tahun depan atau dua tahun lagi baru ada balik sebab setiap bulan Shaklee akan tukar produk promosi. 

Sekali melepas, menangis air mata darah pun tak ada gunanya. Hehe.

Jadi anda hanya perlu buat pilihan. Yang mana terbaik untuk anda dan keluarga. ^.^

Vivix Hebat. Ini kenyataan!


Pengguna Vivix Shaklee tentu tahu kan? There is no doubt.

Rasa rugi dan bersalah kalau sorok sorong-sorang kebaikan Vivix. Tak bestlah sorang-sorang je awet muda. Hehe. Sharing is caring kan~

What so special about Vivix?




  1. Menstabilkan bacaan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis
  2. Peluang untuk selamatkan kaki dari dipotong akibat diabetis
  3. Mengurangkan sinus atau resdung
  4. Meningkatkan fungsi dan kesihatan jantung, khas untuk penghidap penyakit jantung
  5. Bantu memulihkan pesakit strok
  6. Mengurangkan gejala vertigo
  7. Membantu membina sel-sel badan yang lebih sihat dan cantik
  8. Kembali lebih sihat lepas serangan angin ahmar
  9. Mengawal sel-sel badan dari radikal bebas atau pencemaran yang boleh mengakibatkan penyakit seperti kanser
  10. Khas untuk wanita yang sudah menopause, atasi masalah kering dan merasa lebih muda
  11. Khas untuk ibu ayah anda supaya mereka lebih sihat
  12. Kulit yang cantik
  13. Mengawal kandungan gula dalam badan
  14. Dan pastinya awet muda, kelihatan muda dari usia sebenar. 



Saya suka yang No. 14 tu. Nampak 25 tahun lagi muda, siapa tak nak? Kan..kan..? Pergi raya dukung anak orang tanya, adik bongsu ke tu? Waaahhh~~

InsyaAllah, kita berusaha improve kesihatan diri dan keluarga, pasti Allah permudahkan. Nikmat kesihatan adalah kekayaan yang sebenar. INGAT 5 PERKARA sebelum 5 PERKARA.

Sekiranya anda mahu tahu lebih lagi tentang Vivix atau mahu tahu cara dapatkan harga Vivix Shaklee yang eksklusif, anda bebas hubungi saya pada bila-bila masa 24/7. Boleh hubungi saya, Nurul Aiman 013-315 6822.

Sunday, July 6, 2014

Musollah pilihan kami Ramadhan ini

Alhamdulillah, sudah lebih seminggu berpuasa dan setakat ni kami sekeluarga masih belum gagal menunaikan solat terawih secara berjemaah di surau atau masjid. Namun musollah yang menjadi pilihan kami Ramadhan ini tidak lain ialah musollah Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar.

Hati rasa lebih tenang solat di sini biarpun kami bawa Amnah bersama. Yelah,sebelum ni kami dah menempuh macam-macam cabaran bawa anak kecil ke surau/masjid terutamanya apabila menghadapi mereka yang tidak setuju anak kecil berada di tempat sembahyang. Kita simpan dulu cerita-cerita yang tidak menarik. InsyaAllah, pengalaman mematangkan kita kan ^.^

Jadi, kenapa ye kami pilih musollah ni? Apa yang menyebabkan kami rasa terpanggil je untuk terus datang menunaikan tanggungjawab di sini?

Antara sebab utamanya adalah:-

1. Ruang solat yang luas dan selamat.
Musollah asal dijadikan tempat solat lelaki. Di belakang musollah pula ada sebuah dewan yang sangat luas dan selesa. Dewan inilah yang digunakan untuk untuk jemaah wanita menunaikan solat terawih. Pintu dewan juga sentiasa dipastikan bertutup. Jadi tak perlu bimbang anak merangkak keluar. (Eh, Amnah dah pandai jalan..hehe)

2. Suasana santai dan jemaah yang lebih mesra keluarga
Boleh dikata hampir separuh jemaah yang hadir membawa anak-anak untuk turut sama berbuka dan solat di sini.  Oleh kerana masing-masing membawa anak, jadi para jemaah seperti sebuah keluarga yang besar. Walaupun tidak kenal antara satu sama lain, anak-anak dibiarkan bebas bermain dan bersosial antara satu sama lain. Anak lebih besar kelihatan sibuk memerhati yang kecil. Yang kecil sibuk nak ikut yang besar. Lucu~ Hehe.

3. Tandas dan ruang wudhu' yang selesa.
Walaupun tandas dan tempat solat ada jarak sikit, tapi kedudukannya tidaklah jauh sangat. Jemaah Muslimat juga tidak perlu risau bertembung dengan jemaah lelaki sekiranya hendak ke tandas atau hendak perbaharui wudhu' kalau terbatal. Ini yang saya suka.

4. Solat terawih ringkas.
Di KUIZM, solat terawih dibuat 8 rakaat dengan kuliah ringkas selepas 4 rakaat. Bacaan Imam terawih ringkas namun masih tartil, just nice. Tak pendek sangat namun tidaklah panjang sangat sampai kita jadi bimbang anak pada anak di belakang.

5. Ramai kawan.
Bukan Amnah je jumpai ramai kawan-kawan. Ummi walid dia pun jumpa ramai kawan-kawan di sini di samping berkenalan dan beramah mesra dengan kenalan baru. Indahnya ukhwah Islam. ^.^

Happy parents, happy children! Yeay!!

Apa pun sebagai ibu bapa, saya kira adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak berada dalam keadaan suci sebelum di bawa bersama ke ruang solat. Ini antara adab-adab yang perlu kita patuhi:-

1. Tukar lampin baru sebelum ke surau/masjid
2. Pastikan anak-anak terkawal dan tidak mengganggu jemaah lain. Jika perlu, bawa sekali permainan supaya mereka ada aktiviti untuk dilakukan.
3. Bawa kelengkapan anak-anak seperti lampin tambahan, minuman dan makanan.

Memang fitrah anak-anak suka bermain. Namun, sekiranya keadaan menjadi di luar kawalan seperti terlalu bising atau menangis sekuat hati, segeralah mendapatkan mereka. Bimbang bukan semua mata yang memerhati adalah mata yang memahami. Ada baiknya kita berikan hak pada anak-anak, berikan mereka perhatian dan kasih sayang yang secukupnya supaya kita dapat kembali menunaikan solat dengan gembira. ^.^

Kesimpulannya, bagi ibu bapa yang masih tercari-cari surau yang mesra keluarga Ramadhan ini, saya amat menggalakkan anda ke KUIZM. Inilah masa anda melatih anak-anak mendekati dan mencintai surau/masjid. Oh ye, KUIZM turut menyediakan juada berbuka secara percuma setiap hari atas sumbangan orang-ramai. Datanglah beramai-ramai, kita berukhwah kerana Allah. Kalau jumpa saya di sini, tegur saya tau~ ^.^

P/s - Musollah tu surau dalam bahasa Arab ^.^ v!!