Thursday, June 26, 2014

Benarkah status Halal Shaklee diragui?

Semalam seorang customer yang order set kurus untuk ibu menyusu tanya satu soalan cepu emas mengenai status halal bovine gelatine Shaklee. Rasa bangga atas sensitiviti beliau bagi memastikan produk yang diambil adalah benar-benar HALAL. Sepatutnya semua Muslim harus ada sikap ni dalam diri masing-masing. Bukankah mencari yang halal itu suatu kewajiban? Hehe. Macam iklan ubat gigi pulak. 

Ok, panjang betul intro. Berbalik semula pada cerita tadi. Customer ni consume ESP, Lecithin dan Alfalfa. Untuk makluman semua, softgel bagi vitamin Shaklee (dalam kes di atas: Lecithin) diperbuat daripada bovine gelatine.

Selepas selesai menjawab serba ringkas soalan beliau, saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menjelaskan isu ini secara lebih terperinci terutamanya kepada semua pengguna vitamin Shaklee. Tak seronok bila ada pihak membuat spekulasi awal tanpa rujukan yang sah.


Apa tu Bovine Gelatin?


Sebelum cerita panjang lebar tentang sijil, cara proses dan sebagainy, eloklah kita kenal dan faham dulu apa itu BOVINE GELATIN. Ringkasnya, bovine gelatin adalah berasal dari kulit tua (keras dan liat) atau pun tulang daripada tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau. Absolutely, BUKAN dari kulit babi.


Adakah Bovine Gelatin Shaklee halal?


Ok, tahulah bukan dari babi. Persoalannya sekarang macam mana proses penghasilan? Adalah proses yang dimaksudkan mematuhi Shariah? Lembu, kambing atau kerbau tersebut disembelih mengikut hukum syarak atau tidak? Dan terlalu banyak lagi kemusykilan yang kerap dilontarkan kepada saya.  


Sijil Halal Shaklee


Untuk pengetahuan semua, Shaklee mengilangkan produk bagi negara Islam dan bukan Islam secara berasingan. Shaklee amat mengambil kira sensitivity umat Islam tehadap status halal dan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kawalan yang ketat mengenai perkara ini. Mohon semak label pada botol-botol Shaklee yang dipasarkan di Malaysia. 
Nutra Manufacturing, Inc. 1050 Woodruff Road,
Greenville, SC 29607, USA.
Capsul dan softgel yang digunakan dalam vitamin Shaklee dikeluarkan oleh Nutra Manufacturing iaitu syarikat pengeluar capsul/softgel yang telah pun mendapat pengiktirafan sijil halal. Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).  This is so clear. No worries, my dear. ^.^

Untuk menambahkan lagi keyakinan anda terhadap produk Shaklee, saya kongsikan di sini the latest Shaklee Halal certificate for 2014. Penting untuk kita mengambil kira bahawa Shaklee renew sijil halal setiap tahun. 

Pengiktirafan halal JAKIM


Produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia telah mendapat pengiktirafan dari Institute Services of America (ISA). Oleh kerana vitamin Shaklee adalah keluaran produk United States,  ISA adalah badan persijilan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil halal Shaklee dan bukannya JAKIM.

Adalah penting untuk faham bahawa JAKIM tidak bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal bagi produk-produk import. Sebab utama tidak lain adalah JAKIM mengalami kekangan staff dan juga masa untuk turut menguruskan proses pensijilan produk dari luar negara. Alternatifnya, JAKIM mengambil inisiatif melakukan pemeriksaan/audit ke atas prosedur serta kaedah pelaksanaan yang dijalankan serta digunapakai oleh badan-badan persijilan halal  tersebut dalam proses untuk mengeluarkan sijil halal bagi sesuatu produk.

Sila layari laman web halal JAKIM di sini untuk mengetahui badan-badan persijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Sijil halal ini sentiasa dipantau dan JAKIM berhak menarik balik pengiktirafan pada bila-bila masa jika pengilang atau produk tidak patuh syarat-syarat yang JAKIM dah ditetapkan.

My stand


Jujurnya, saya sendiri sangat ambil berat pasal isu halal haram ni. Bak kata customer saya, “Aiman particular jugak benda –benda macam ni. So, saya yakinkan diri”

Tak mahulah makan atau jual produk yang tak clear status halal dia. Kesan makanan haram ni dah boleh Nampak atas dunia lagi, contohnya doa yang tak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras, gemar melakukan maksiat, anak-anak degil dan banyak lagi. Takut!

Kesimpulannya, gunalah produk Shaklee tanpa was-was. Dijamin halal dan suci. ^.^

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to leave some comments. I just love hearing from you!