Thursday, June 26, 2014

Projek kurus sambil berpuasa

Assalamualaikum wbt dan salam ceria...

Minggu ni deras promosi Mighty 3 Gems sempena Ramadhan. Tak menang tangan membalas pm dan whatsapp. Ada cerita lucu di pagi hari. Hehe. Dalam banyak-banyak pm yang diterima, ada satu message ni buat saya gelak terkekk-kekek tak henti (tak boleh ketawa mengilai, muslimah kena ketawa sopan) ^.^



Mighty 3 Gems: Performance drink, ESP, Mealshake (dari kiri)


Message tu berbunyi:

"Berapa harga Perdormance drink ni Aiman? Kalau minum ni boleh slim tak?"

Hehe. Comel je customer ni. Punyalah gigih promosi set berpuasa, set kurus juga yang dicarinya. Tak dapat dinafikan, selain set mengandung dan bersalin; set kurus memang tetap menjadi pujaan ramai. Kesan dia terbaik!


Yelah, kadang tu customer datang dekat kita nak beli set kurus dengan harapan dapat berat dan shape idaman. Bila dah beli, tup-tup datang mengadu, bukan makin kurus je yang mereka dapat. Tapi kulit pun MAKIN BERSIH, jerawat malu-malu nak tumbuh, buang air lawas dan perut lambat lapar. Wow! best tak? best tak? ^.^



Set kurus Shaklee


Demi customer-customer dan readers kesayangan, saya kongsikan serba-sedikit info tentang set kurus Shaklee.




Produk Shaklee ni sangat fleksible, kita boleh susun ikut selera tekak dan budget kita. Kalau tak suka rasa ESP, boleh ambil Cinch Shake. Ada tiga pilihan perisa, Vanilla, Chocolate dan Cafe Latte.

Apa pun saya memang dah jatuh cinta dengan ESP. Sekali rasa, terus suka! Favourite saya ESP + madu. Daebak! Rasa manis-manis buah gitu. Hehe ^.^


Puasa dan kurus dengan Shaklee



Ramai yang nak ambil kesempatan untuk kurus pada bulan Ramadhan ni tapi bimbang tak larat atau boleh memudaratkan kesihatan. Saya pun ambil set kurus Shaklee untuk ibu menyusu. Alhamdulillah, gastrik saya hilang. Malah, I am proudly fully breastfeeding 1yo 4mo Amnah Mumtazah.

Saya cuma ambil Omega Guard, ESP dan Herba-Lax. Now, berat lepas bersalin dah turun lebih 12kg. Lagi ringan dari masa bujang. Lebih gembira bila baju-baju zaman anak dara bukan setakat dah boleh pakai semula je ye tapi dah LONGGAR. ^.^


Tawaran istimewa sempena Ramadhan

Saya akan guide anda secara ekslusive tentang cara pemakanan yang betul,  tips kurus serta membincang permasalahan yang dihadapi sepanjang Ramadhan sehingga anda mencapai target yang diidam raya nanti. Paling best, kita akan jadi kawan. Seronok ada kawan ramai-ramai ni.

Tawaran ni ada terma dan syaratnya. Hehe. Syaratnya teramatlah mudah. Anda kenalah jadi customer saya untuk set kurus Shaklee.

Ada beberapa pilihan untuk Set Kurus Shaklee:

  1. Set Kurus Shaklee Budget (RM110)
  2. Set Kurus Shaklee Optimum (RM340)
  3. Set Kurus Shaklee Premium (RM470)


Saya juga tawarkan anda keahlian dengan hanya menambah kurang daripada RM50. Kelebihan menjadi ahli Shaklee, anda boleh menikmati harga ahli seumur hidup yang jauh lebih murah iaitu potongan sehingga 15-25%. Yes, seumur hidup. Tidak perlu renew membership ^.^

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut sebelum masalah berat badan menghantui anda.

SMS/Whatapp: 013 315 6822
Facebook: Nurul Aiman

Benarkah status Halal Shaklee diragui?

Semalam seorang customer yang order set kurus untuk ibu menyusu tanya satu soalan cepu emas mengenai status halal bovine gelatine Shaklee. Rasa bangga atas sensitiviti beliau bagi memastikan produk yang diambil adalah benar-benar HALAL. Sepatutnya semua Muslim harus ada sikap ni dalam diri masing-masing. Bukankah mencari yang halal itu suatu kewajiban? Hehe. Macam iklan ubat gigi pulak. 

Ok, panjang betul intro. Berbalik semula pada cerita tadi. Customer ni consume ESP, Lecithin dan Alfalfa. Untuk makluman semua, softgel bagi vitamin Shaklee (dalam kes di atas: Lecithin) diperbuat daripada bovine gelatine.

Selepas selesai menjawab serba ringkas soalan beliau, saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menjelaskan isu ini secara lebih terperinci terutamanya kepada semua pengguna vitamin Shaklee. Tak seronok bila ada pihak membuat spekulasi awal tanpa rujukan yang sah.


Apa tu Bovine Gelatin?


Sebelum cerita panjang lebar tentang sijil, cara proses dan sebagainy, eloklah kita kenal dan faham dulu apa itu BOVINE GELATIN. Ringkasnya, bovine gelatin adalah berasal dari kulit tua (keras dan liat) atau pun tulang daripada tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau. Absolutely, BUKAN dari kulit babi.


Adakah Bovine Gelatin Shaklee halal?


Ok, tahulah bukan dari babi. Persoalannya sekarang macam mana proses penghasilan? Adalah proses yang dimaksudkan mematuhi Shariah? Lembu, kambing atau kerbau tersebut disembelih mengikut hukum syarak atau tidak? Dan terlalu banyak lagi kemusykilan yang kerap dilontarkan kepada saya.  


Sijil Halal Shaklee


Untuk pengetahuan semua, Shaklee mengilangkan produk bagi negara Islam dan bukan Islam secara berasingan. Shaklee amat mengambil kira sensitivity umat Islam tehadap status halal dan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kawalan yang ketat mengenai perkara ini. Mohon semak label pada botol-botol Shaklee yang dipasarkan di Malaysia. 
Nutra Manufacturing, Inc. 1050 Woodruff Road,
Greenville, SC 29607, USA.
Capsul dan softgel yang digunakan dalam vitamin Shaklee dikeluarkan oleh Nutra Manufacturing iaitu syarikat pengeluar capsul/softgel yang telah pun mendapat pengiktirafan sijil halal. Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).  This is so clear. No worries, my dear. ^.^

Untuk menambahkan lagi keyakinan anda terhadap produk Shaklee, saya kongsikan di sini the latest Shaklee Halal certificate for 2014. Penting untuk kita mengambil kira bahawa Shaklee renew sijil halal setiap tahun. 

Pengiktirafan halal JAKIM


Produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia telah mendapat pengiktirafan dari Institute Services of America (ISA). Oleh kerana vitamin Shaklee adalah keluaran produk United States,  ISA adalah badan persijilan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil halal Shaklee dan bukannya JAKIM.

Adalah penting untuk faham bahawa JAKIM tidak bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal bagi produk-produk import. Sebab utama tidak lain adalah JAKIM mengalami kekangan staff dan juga masa untuk turut menguruskan proses pensijilan produk dari luar negara. Alternatifnya, JAKIM mengambil inisiatif melakukan pemeriksaan/audit ke atas prosedur serta kaedah pelaksanaan yang dijalankan serta digunapakai oleh badan-badan persijilan halal  tersebut dalam proses untuk mengeluarkan sijil halal bagi sesuatu produk.

Sila layari laman web halal JAKIM di sini untuk mengetahui badan-badan persijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Sijil halal ini sentiasa dipantau dan JAKIM berhak menarik balik pengiktirafan pada bila-bila masa jika pengilang atau produk tidak patuh syarat-syarat yang JAKIM dah ditetapkan.

My stand


Jujurnya, saya sendiri sangat ambil berat pasal isu halal haram ni. Bak kata customer saya, “Aiman particular jugak benda –benda macam ni. So, saya yakinkan diri”

Tak mahulah makan atau jual produk yang tak clear status halal dia. Kesan makanan haram ni dah boleh Nampak atas dunia lagi, contohnya doa yang tak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras, gemar melakukan maksiat, anak-anak degil dan banyak lagi. Takut!

Kesimpulannya, gunalah produk Shaklee tanpa was-was. Dijamin halal dan suci. ^.^

Wednesday, June 25, 2014

Persediaan Menjelang Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tinggal beberapa hari je lagi sebelum kita semua menjejakkan kaki ke Madrasah Ramadhan.

Selamat datang wahai Ramadhan yang mulia. 

Tapi, akhir- akhir ni banyak pula dengar berita kematian sama ada kenalan terdekat, ulama ternama mahupun kisah kematian akibat kemalangan. Kita pula macam mana? Entah hari ini, entah esok mungkin juga dijemput menghadap Allah bila-bila masa je. Tak tahu sama ada sempat atau tidak diberi peluang menghadap bulan Ramadhan. 

Sebab tu kita digalakkan untuk perbanyakkan berdoa supaya Allah beri kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan.




Sahabat Nabi bila ditanya mengenai persedian menjelang Ramadhan menjawab:

Ibn Mas’ood was asked, “How did you all welcome Ramadan?”. He replied, “None of us would welcome the crescent and in his heart was an atom worth of hatred towards his brother Muslims.”

Oleh itu, saya mohon jutaan kemaafan pada kawan-kawan dan sesiapa yang mengenali diri saya. Kosong-kosong ye ^.^

Akhir kata, kuatkan semangat, pasakkan tekad! Kita semua boleh! Jangan putus asa, Allah kan ada~ 

Sumber: pure-words

Monday, June 16, 2014

Kembali ke alam blogger

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Ini bukan keputusan yang mudah

Setelah ditimbang-timbang, ditambah-tolak, difikir-fikir hingga masak, akhirnya saya membuat keputusan untuk create blog baru. Blog lama saya Poison Delphinium dah lama ditinggalkan hingga berhabuk dan bersawang. Last sekali update adalah pada tahun 2010 kalau tak silap. Lama betul. 


Blog tu bila saya baca semula macam agak formal penulisan dia. jadi kali ni saya nak cuba menulis dalam gaya yang lebih santai. Maklumlah, sebelum ni masih student. Tulisan pun skema je. Hehehe.

Saya ada banyak perkara nak share. Bagi saya tulis di Facebook atau Twitter semata-mata tak memadai dan memuaskan hati sebab tulis panjang-panjang di laman sosial menyebabkan orang cepan bosan. 


Annur Haifa


Kenapa Annur Haifa? Nama ni dah sebati dalam jiwa saya. Pertama kali saya mula menulis, memang saya guna nama ni sejak di bangku sekolah lagi. Masa tu kan masing-masing hanyut dalam dunia novel dan puisi. Maka terciptalah nama Annur Haifa. Oh jiwangnya zaman mudaku~ ^.^


Bagi saya nama ni sangatlah istimewa. Dia bawa seribu satu maksud tersendiri sebab ia menyimpan pelbagai sejarah suka duka kehidupan saya. Saya akan terus guna nama ni setahun..dua tahun..sepuluh tahun..malah sehingga ratusan..ribuan tahun dari sekarang.


~mohon tunjuk ajar~